Dialan dan Emel: Pengenalan

Pengenalan

Daftarlah Sekarang Untuk Perkhidmatan

Gunakan menu navigasi di sebelah kiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan. Untuk pertanyaan dan bantuan mengenai perkhidmatan Sabah.Net:-

  • Hubungi support@sabah.net.my atau
  • Hubungi Hotline Sokongan Pelanggan 24-Jam Sabah.Net di talian (088) 234101.

Perkhidmatan Capaian Dailan dan E-mel Sabah.Net ialah perkhidmatan asas bagi anda untuk menerokai alam Internet dan Intranet. Para pengguna perkhidmatan ini akan dapat menikmati:

Akaun Mel Elektronik Internet +
Intranet Sabah.Net
(sebanyak 2MB ruang cakera)

Akaun Capaian Dailan
(Dial-up) Internet + Intranet
Sabah.Net

Penggunaan eksklusif
Perkhidmatan Tambahan serta
Aplikasi khas Sabah.Net

Anda masih boleh melanggan untuk akaun Sabah.Net sekiranya anda sudah mempunyai akaun Internet lain (umpamanya daripada Jaring serta TMnet).

Keperluan Minimal untuk menggunakan perkhidmatan Mel Elektronik dan Capaian Dailan Sabah.Net ialah satu Komputer Peribadi (PC) dengan:

Processor
Minimal CPU 486

RAM
Minimal 8 MB

Sistem Operasi Komputer
Minimal Windows 95/NT

Modem Dalam/Luar
Minimal 28.8 kbps

Perkhidmatan Dailan dan E-mel Sabah.Net diberi secara percuma; walau bagaimanapun, para pengguna masih perlu membayar caj telekomunikasi. Nombor dailan khas, 1300882021, yang boleh digunakan oleh mereka yang menetap di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berharga 8 sen dua minit pertama, minit tambahan adalah 4 sen seminit dan akan dimasukkan ke dalam bil telefon anda sebagai panggilan tempatan.

PERHATIAN

Kakitangan, agensi, jabatan, serta badan berkanun Kerajaan, sila merujuk kepada di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.