 |
 |
| Kerosakan Talian PABX Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah |
| Dimaklumkan bahawa talian PABX di pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah telah mengalami kerosakan sejak 28 Jun dan masih dalam proses pembaikan. Sehubungan itu, Kementerian ini hanya dapat dihubungi melalui penghantaran surat faks ke nombor 088-223071(PSM) / 088-239751(SUT) dan talian terus seperti berikut:-
- SUT (088-268521)
- TSUT (088-243851)
- Encik Chung Kin Shen (088-221124)
- Encik Mohd. Najib Muntok (088-221143)
- Encik Yahya Hj. Abd. Karim (088-212153)
- Encik Abu Bakar Abd. Latif (088-221260)
- Encik Latip Hj. Amat (088-222054)
- Encik Md. Sayuti Abdullah (088-225290)
- Encik Yusop Hj. Osman (088-223881)
Segala kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini adalah amat dikesali. |
 |
|  |
| Bazar Ramadhan 2010 di Wisma Wanita |
| Dengan sukacita diumumkan bahawa Bazar Ramadhan Tahun 2010 di Wisma Wanita akan diadakan dari 1 hingga 30 Ramadhan 1431 dari 1:30 petang hingga 6:00 petang setiap hari, bertempat di perkarangan Wisma Wanita di KM 3.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk iklan acara ini. |
 |
|  |
| Persidangan Antarabangsa Mengenai Hutan dan Perubahan Iklim - Pengkodan dan Merealisasikan REDD+ dalam Heart of Borneo (HoB), dengan Tumpuan Khusus di Sabah |
| Semua adalah dijemput untuk menyertai persidangan antarabangsa mengenai "Hutan dan Perubahan Iklim - Pengkodan dan Merealisasikan REDD+ dalam Heart of Borneo (HoB), dengan Tumpuan Khusus di Sabah" yang akan diadakan pada 8 hingga 9 November 2010 bertempat di The Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk memuat turun borang pendaftaran persidangan tersebut. |
 |
|  |
| Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga ILMU KELUARGA@LPPKN Tahun 2010 |
| Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah akan mengadakan program pendidikan pembangunan keluarga ILMU KELUARGA@LPPKN secara bersiri bermula dari 31 Mac hingga 23 Disember 2010. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut dan jadual program. |
 |
|  |