Bab 1
Menggunakan Perkhidmatan Direktori

Bab ini menunjukkan anda cara-cara bagaimana untuk mengimbas dan mencari alamat-alamat e-mail dalam Sabah.Net menggunakan perkhidmatan direktori.

NOTA: Perkhidmatan direktori hanya berkenaan dengan para pengguna Kerajaan Elektronik sahaja.
 

1.1 Menukar seting Perkhidmatan Direktori

Langkah 1: Pergi ke ‘Mail & Newsgroups Account Setting’ di bawah menu ‘Edit’.

Langkah 2: Klik ‘Mail & Newsgroup’ dan pergi ke Addressing.

Langkah 3: Pilih “Use a different LDAP server”, klik ‘Edit Directories’.

Rajah 1.1

Langkah 4: Dalam kotak dialog "LDAP Directory Servers", klik “Add” dan taipkan yang berikut:


Rajah 1.2

 

Description: Sabah.Net Directory Server

LDAP server: dir.sabah.gov.my

Search Root: o=Sabah, c=MY

Port Number: 389

 

Rajah 1.3

Rajah 1.4

 

Langkah 5: Klik OK untuk kembali ke jendela sebelumnya.

 

Rajah 1.5

 

Langkah 6: Klik OK, kembali ke jendela “Addressing”. Pastikan pilih “Use a  different LDAP server” dan anda klik butang segitiga yang akan menyenaraikan setting Direktori yang telah dilaksanakan. Pilih “SabahNet Directory Server”, kemudian OK.

Rajah 1.6

 

Langkah 5:  Anda telah siap untuk menggunakan Directori Sabah.Net.

 

1.2 Mencari pengguna

Langkah 1: Pada jendela email, klik pada butang “New Msg” untuk mengarang email baru.  Untuk mencari email pengguna Sabah.Net Kerajaan, taipkan pada ruangan “To:” nama orang hendak dicari. Anda hanya perlu menaip beberapa huruf dan kemudian akan terpapar senarai email atau nama pengguna yang hamper dengan huruf yang ditaipkan.

 

Pilih nama yang diingini dan tekan “Enter”.  Seperti contoh berikut, katalah anda ingin mencari kakitangan kerajaan yang bernama Bruno Vun, taipkan beberapa huruf akan memberikan hasil carian yang dikehendaki.  Anda boleh melaksanakan carian seterusnya pada ruangan penerima.

 

Anda juga boleh laksanakan carian berdasarkan alamat email perseorangan yang ingin di cari.

 

Rajah 1.7