Bab 1
Menggunakan Perkhidmatan Direktori

 

Bab ini menunjukkan anda cara-cara bagaimana untuk mengimbas dan mencari alamat-alamat e-mail dalam Sabah.Net menggunakan perkhidmatan direktori.

NOTA: Perkhidmatan direktori ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Kerajaan sahaja, dan menggunakan Outlook Express sebagai klien mel.

1.1 Membuat konfigurasi untuk Perkhidmatan Direktori

 

Langkah 1: Di menu Tools, klik Accounts dan tingkap seperti rajah 1.1 akan kelihatan

 

                                                                                             Rajah 1.1

Langkah 2: Klik Add dan sila pilih Directory Service. Tingkap dibawah akan kelihatan

Rajah 1.2

Langkah 3: Taip dir.sabah.gov.my didalam kotak (LDAP) Server dan klik Next

Langkah 4: Sila pilih Yes dan klik Next

Langkah 5: Akhir sekali klik Finish

Nota: Sila perhatikan di bawah kategori ‘All’ anda akan dapat melihat nama akaun direktori yang baru anda buat (lihat rajah 1.3)

Rajah 1.3

1.2 Menukar seting Perkhidmatan Direktori

Langkah 1: Klik sekali dir.sabah.gov.my (seperti rajah 1.3)

Langkah 2: Kemudian klik butang Properties dan tingkap dibawah akan kelihatan

Rajah 1.4

Langkah 3: Sila pastikan anda menggunakan dir.sabah.gov.my sebagai Server name anda.

Langkah 4: Klik kategori Advance dan didalam kotak Search base sila taip o=Sabah; c=My (lihat rajah 1.5)

Langkah 5: Klik butang Apply

Rajah 1.5

1.3 Mencari pengguna

Langkah 1: Klik butang Find di toolbars Outlook Express dan pilih People, atau anda boleh juga menekan Ctrl+E di keyboard anda. Tingkap dibawah akan kelihatan

 

Rajah 1.6

Langkah 2: Klik butang Look in: untuk memilih direktori

Langkah 3: Taip nama yang ingin dicari didalam kotak Name: (lihat contoh di rajah 1.6)

Langkah 4: Klik butang Find Now

Nota: Rajah diatas menggunakan nama Hamid sebagai contoh. Sila perhatikan rajah tersebut dimana ianya menyenaraikan setiap nama yang mempunyai perkataan ‘Hamid’.