Bab 1
Mengemudi Jaringan Selebar Negeri (SWW)

Tujuan Bab ini ialah untuk menyediakan anda dengan kemahiran yang diperlukan untuk membaca Jaringan Seluruh Negeri (SWW) menggunakan Internet Explorer (IE). Internet Explorer menjadikan ianya mudah untuk anda mengemudi ke mana jaringan sekalipun, tidak kira sama ada anda ingin mencari maklumat baru atau hanya sekadar mengemudi ke jaringan kegemaran anda. Dengan adanya kemudahan teknologi ‘IntelliSense’ ianya memudahkan anda untuk menyelesaikan kerja-kerja seperti, menyelesaikan pencarian alamat-alamat jaringan dalam susunan tertentu secara otomatik, dan mengesan status ‘Network’ dan sambungan anda.


1.1 Mengenai jendela browser Internet Explorer (IE)

Jendela browser Interent Explorer memaparkan sebuah hompej, laman yang anda lihat setiap kali anda memulakan Internet Explorer. Biasanya, sekiranya anda menggunakan Internet Explorer pada kali pertama, hompej yang dipaparkan telah pun disediakan untuk anda. Salah satu hompej yang biasa digunakan adalah hompej msn.com (http://www.msn.com/)

Walaubagaimana pun, laman hompej untuk Internet Explorer anda dapat di ubah kepada laman hompej yang anda sukai. Hompej ‘default’ Sabah.Net users ialah http://www.sabah.gov.my. Dalam contoh yang berikut, laman permulaan telah diset ke http://sww.sabah.gov.my/. Untuk berbuat demikian, rujuk ke seksyen 1.12, Menukar seting Laman ‘Default’ .

 

 

 

Rajah 1.1

 

1.2 Apa itu URL?

Seperti alamat biasa, URL (Uniform Resource Locator) memberitahu Internet Explorer di mana untuk mencari laman tersebut (alamat WWW Internet). URL untuk laman Intranet Sabah.Net ialah http://sww.sabah.gov.my, manakala laman Internet ialah http://www.sabah.net.my/

1.3 Berhubung kepada komponen-komponen lain melalui Internet Explorer

Melalui tingkap Internet Explorer, anda boleh berhubung terus ke klien mel anda, ini termasuklah mengarang atau membaca mesej/mel,  dan menghantar ‘Link’ (URL) atau ‘Page’ yang sedang anda lihat.

 

Langkah 1: Lancarkan Internet Explorer (IE).

 

Langkah 2: Klik butang  yang terdapat di ‘Standard Buttons’ Internet Explorer anda dan senarai menu akan kelihatan, lijat rajah dibawah

 

Address Bar

 

Rajah 1.2

 

Nota: Sebelum menggunakan komponen-komponen untuk perkhidmatan internet ini, anda hendaklah membuat konfigurasi untuk ‘Windows’ terlebih dahulu (rujuk bahagian 1.4 untuk maklumat lanjut)

 

 

 

 

1.4 Membuat Konfigurasi ‘Windows’ untuk Perkhidmatan Internet

Langkah 1: Klik menu Tools di toolbars Internet explorer. Kemudian pilih Internet Options, dan tingkap dibawah akan kelihatan.

Rajah 1.3

Langkah 2: Pergi ke kategori Programs dan pilihlah program yang bersesuaian atau yang anda kehendaki.

 

1.5 Melihat laman-laman lain

Untuk melihat laman yang lain,

1.6 Membuat penandaan laman

Seperti juga Netscape, Internet Explorer juga membolehkan anda membuat penanda laman kegemaran anda (atau juga dikenali sebagai Favorites didalam istilah IE). Penanda laman menyediakan cara yang tetap untuk anda menandakan laman-laman yang ada sering lawati atau gemari. Tidak seperti senarai sejarah (history list), yang boleh dibuang apabila anda menutup program Internet Explorer, senarai laman-laman akan sentiasa berada dalam penanda laman sehingga anda menghapuskannya.
 

1.7 Membuat penanda laman

Langkah 1: Pergi ke laman yang anda ingin tandakan.

Langkah 2: Klik butang Favorites dan pilih Add to Favorites untuk memaparkan menu favorites.(seperti rajah 1.4)

Rajah 1.4

Langkah 3: Pilih folder yang anda ingin gunakan untuk menyimpan laman kegemaran anda tersebut dan klik butang  OK
 

1.8 Kembali ke laman menggunakan penanda laman

Dari senarai kegemaran (Favorites), pilih penanda laman bagi laman yang anda ingin lawati.
 

1.9 Menguruskan penanda laman ke dalam folder

Apabila senarai laman kegemaran anda bertambah, anda boleh menyimpannya di dalam folder agar lebih teratur. Anda mungkin mahu menyusunnya mengikut topik. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menyimpan semua maklumat yang berkenaan dengan pameran seni atau sebagainya didalam sebuah folder yang mungkin anda namakan sebagai Seni.

Langkah 1: Dari toolbars Internet Explorer, klik butang Favorites dan pilih Organize Favorites.

Langkah 2: Jendela Favorite akan memaparkan senarai penanda-penanda serta folder-folder penanda, disusun seperti fail-fail dan folder-folder dalam cakera keras anda. Nama penanda-penanda tersebut adalah sama dengan apa yang dapat dilihat melalui menu Favorites, kecuali jendela Favorites menyediakan lebih banyak arahan untuk menguruskan penanda laman anda.


 1.10 Melihat laman secara ‘Offline’

Apabila anda menjadikan sesebuah laman itu dapat dilawati biarpun sewaktu anda ‘Offline’, ianya membolehkan anda membaca/melihat isi kandungan laman tersebut walaupun anda tidak bersambung secara terus ke Internet. Ianya bergantung kepada anda seperti berapa banyak kandungan laman yang anda inginkan, dan bagaimana cara untuk mengemaskini laman tersebut ke dalam computer anda.

Sekiranya anda hanya ingin melawat laman tersebut secara ‘offline’ tanpa perlu mengemaskinikannya, anda hanya perlu menyimpan laman tersebut didalam computer anda. Terdapat beberapa cara untuk menyimpan sesebuah laman tersebut bergantung kepada apa yang anda inginkan.

1.10.1 Menjadikan laman yang sedang dilawati dapat dilihat secara ‘Offline’

Langkah 1: Didalam menu Favorites, klik Add to Favorites.

Langkah 2: Sila coret (tick) Make available offline.

Nota: Untuk menentukan secara terperinci berapa banyak kandungan bagi sesebuah laman yang anda ingin simpan, sila klik Customize dan ikutlah arahan yang tertera di skrin anda.

1.10.2 Menjadikan laman kegemaran yang sedia ada dapat dilihat secara “Offline’

Langkah 1: Dalam menu Favorites, klik Organize Favorites.

Langkah 2: Klik laman yang anda inginkan

Langkah 3: Kemudian pilih dan coret (tick) kotak Make available offline.

Langkah 4: Untuk menentukan secara terperinci berapa banyak kandungan bagi sesebuah laman yang anda ingin simpan, sila klik Properties.

Nota: Sebelum ‘offline’ sila pastikan anda mempunyai versi laman yang terbaru dengan menekan menu Tools dan klik Synchronize.                                                                                           
Anda boleh juga melihat sesuatu laman secara ‘Offline’ tanpa perlu menambahnya didalam senarai ‘Favorites’, apa yang perlu anda lakukan hanyalah menyimpan laman tersebut didalam komputer anda (sila rujuk seksyen 1.10.3 untuk maklumat lanjut).

1.10.3 Menyimpan laman didalam Komputer

Langkah 1: Didalam menu File, klik butang Save as

Langkah 2: Klik dua kali folder yang anda ingin gunakan untuk menyimpan laman tersebut.

Langkah 3: Didalam kota File name, taip nama untuk laman tersebut.

Langkah  4: Dalam kotak Save as type, pilih jenis fail.

Langkah 5: Kemudian sila pilih satu diantara langkah berikut:

 

 

1.11 Menukar seting laman 'default'

Setiap kali anda memulakan Internet Explorer, laman 'default' akan dimuat-turunkan secara automatik oleh browser. Anda boleh menukar seting untuk menjadikan laman kegemaran anda sebagai laman 'default'.

Langkah 1: Pergi ke laman yang anda ingin jadikan sebagai laman default atau hompej. Untuk Sabah.Net, disyorkan supaya anda pergi ke http://www.sabah.net.my.

Langkah 2: Dari menu Tools, pilih Internet Options.

Langkah 3: Sila taip URL laman kegemaran anda didalam kotak Address (lihat rajah 1.3)

Langkah 4: Kemudian klik butang Use Default

 

1.12 Mencetak laman

Langkah 1: Pergi ke laman yang anda ingin cetak.

Langkah 2: Dari menu File pilih Print atau klik butang Print  di ‘Standard Buttons’ bar.

Langkah 3: Klik butang Print setelah tingkap ‘Print’ kelihatan.

 

*