Pendaftaran Off-line

Permohonan untuk Akaun Dailan dan E-mel secara off-line boleh dibuat melalui beberapa cara.

Anda boleh mendaftar melalui telefon kepada Hotline Sokongan Pelanggan Sabah.Net di talian (088) 234101.

Untuk akaun Peribadi dan Pelajar, anda perlu membawa bersama salinan Kad Pengenalan / Pasport / Surat Beranak (untuk mereka yang berumur kurang daripada 12 tahun) atau menghantar salinan tersebut dalam masa 3 minggu dari tarikh anda memohon sebelum pihak Sabah.Net dapat memproses permohonan anda.

Untuk akaun Organisasi Sukarela, Institusi Pendidikan dan Komersil / Korporat, anda perlu membawa bersama salinan sijil ROC / ROB / ROS atau menghantar salinan tersebut dalam masa 3 minggu dari tarikh anda memohon sebelum pihak Sabah.Net dapat memproses permohonan anda.

Selepas menerima permohonan anda, pihak Sabah.Net akan memprosesnya selama dua (2) hari waktu kerja. Anda boleh menggunakan bahagian Periksa Status dalam laman ini, atau menelefon Hotline Sokongan Pelanggan kami, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang status permohonan anda.

Permohonan untuk Akaun Penempatan Web Direktori MESTILAH dibuat secara on-line.

Sila hantarkan dokumen yang diperlukan melalui pos, faks, atau e-mel, kepada alamat yang berikut:

Permohonan Perkhidmatan Sabah.Net
Sabah Net Sdn. Bhd.
1B, Ground Floor, Likas Square Commercial Centre,
1, Lorong Likas Square, Jalan Istiadat, Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Hotline Sokongan Pelanggan: (088) 234101
Faks: (088) 231103
E-mel: [email protected]