Kenali Bundu Tuhan
PERKAMPUNGAN > Bundu Tuhan
Kampung Bundu Tuhan – Warisan Dusun Bundu (Bundu Tuhan Village – Heritage of the Dusun Bundu)
Pernahkah anda berkunjung ke Kampung Bundu Tuhan? Jika belum, luangkan masa menonton video ini untuk mengenali keindahan alam semula jadi, sejarah komuniti, dan budaya unik masyarakat Dusun Bundu yang menjadi identiti kampung tersebut. (Have you ever visited Bundu Tuhan Village? If not, take a moment to watch this video and discover the natural beauty, community history, and the unique culture of the Dusun Bundu people that define the identity of this village.)
Puan Domoi Galidau (Gambar ->>)
Pasangan Salimon
Anak-anak:
Godtol Salimun,
Rusiam,
Gindol,
Ambah
Rusiam,
Gindol,
Ambah
Pengenalan
Kampung Bundu Tuhan, yang terletak di daerah Ranau, Sabah, merupakan sebuah perkampungan tradisi masyarakat Dusun Bundu. Kampung ini bukan sahaja kaya dengan sejarah dan warisan budaya, tetapi juga menjadi simbol ketahanan komuniti dalam mengekalkan identiti di tengah arus pembangunan moden.
Struktur Kawasan
Sejak awal penubuhannya, Kampung Bundu Tuhan dibahagikan kepada dua bahagian utama:
- Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera (Rezab Kampung) – seluas 3,120 hektar.
- Kawasan Bergeran / Boleh Digerankan – dianggarkan seluas 1,000 hektar.
Menurut Johnny Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Amanah Kampung Bundu Tuhan, kawasan bergeran yang merangkumi Sokid, Sibah dan Gondohon ditakrifkan sebagai Kampung Bundu Tuhan, manakala kawasan hutan simpan komuniti dalam rezab kampung dikenali sebagai Hutan Winokok.
Penduduk dan Pentadbiran
Pada tahun 2023, jumlah penduduk Kampung Bundu Tuhan dianggarkan seramai 3,200 orang, dengan 98% terdiri daripada etnik Dusun Bundu dan selebihnya etnik lain-lain.
Bagi memudahkan pentadbiran, kampung ini dibahagikan kepada tiga kawasan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK):
- Kampung Sokid Kapatahan
- Kampung Sibah
- Kampung Gondohon
Kini, kampung ini dipimpin oleh enam orang Ketua Kampung: KK Sokuil Ladsou, KK Radin Madili, KK Dusip Imbun, KK Suani Koyopo, KK Dohny Abi, dan KK John Binty.
Asal Usul Nama
Nama Kampung Bundu Tuhan lahir daripada tradisi dan pengalaman masyarakat Dusun Bundu.
- “Bundu” ialah sejenis tanaman buah-buahan yang menjadi sumber makanan.
- “Tuhan” bermaksud runtuh dalam bahasa Dusun.
Menurut cerita lisan, pokok Bundu yang ditanam dahulu tumbang akibat tanah runtuh di tapaknya. Peristiwa ini menjadi simbol asal-usul kampung, lalu diwarisi sebagai nama rasmi hingga ke hari ini.
Tarikan dan Warisan
Walaupun terletak jauh dari pusat bandaraya Kota Kinabalu, Kampung Bundu Tuhan mempunyai daya tarikan tersendiri:
- Ekopelancongan: hutan semula jadi yang masih terpelihara, pemandangan indah, serta suhu dingin sepanjang tahun.
- Warisan budaya: cara hidup unik masyarakat Dusun Bundu yang masih dikekalkan.
- Tapak sejarah: bukti perjalanan komuniti yang membentuk identiti kampung.
Kemudahan Awam
Seiring dengan usaha memajukan komuniti, kampung ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam:
- Dewan Komuniti
- Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan
- Klinik Kesihatan
- Pondok Polis
- Perkhidmatan telefon dan internet
- Bekalan elektrik 24 jam
- Jalan raya berturap
Sosioekonomi
Sejak dahulu, masyarakat Dusun Bundu bergantung kepada pertanian sebagai sumber utama ekonomi. Aktiviti bercucuk tanam dan menerokai tanah hutan (himbaan) menjadi tradisi turun-temurun.
Namun, dengan perkembangan pendidikan, sebahagian penduduk kini bekerja dalam sektor awam dan swasta.
- Purata pendapatan keluarga petani: RM3,000 – RM4,000 sebulan.
- Purata bilangan anak dalam satu keluarga: 5 orang.
- Purata anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah: 4 orang setiap keluarga.
Kesimpulan
Sejarah Kampung Bundu Tuhan bukan sekadar catatan tentang tanah dan penduduknya, tetapi juga kisah tentang ketahanan budaya, warisan keluarga, dan identiti masyarakat Dusun Bundu. Ia menjadi bukti bahawa sebuah komuniti tradisi mampu mengekalkan akar sejarah sambil bergerak seiring dengan pembangunan moden.
Lihatlah betapa riangnya anak-anak dari Himbaan dan Gondohon ketika mandi di Sungai Laadan, Bundu Tuhan pada tahun 1998. Kini, setelah berlalunya masa, pada tahun 2026 mereka telah pun meningkat dewasa, berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Kaga & Kondongoi
PATOH (ABDUL FATAH) BIN GALIDAU
TUAN HAJI AMAN BIN RANTAU
Pengenalan
Kaga dan Kondongoi telah dikurniakan enam orang anak, iaitu Rantau, Galidau, Linog, Bali, Gurod, dan Kembiong. Daripada susur galur ini, ayahanda Maslin Patoh merupakan cucunda kepada Galidau, dengan nama penuh Maslin bin Patoh bin Galidau.
Sebahagian keluarga besar ini telah menetap di pelbagai tempat. Namun, kebanyakan keturunan Galidau dan Rantau telah berkampung di Kampung Lingkodau, Ranau.
Memandangkan maklumat mengenai keluarga Linog, Bali, Gurod, dan Kembiong agak sukar diperoleh, maka penulisan ini lebih menumpukan kepada keluarga Rantau dan Galidau kerana fakta dan sumber maklumat lebih mudah didapati.
SAIDI BIN RASHIN BIN GALIDAU
(GURU)
TAN SRI GHANI BIN GILONG BIN RANTAU
(POLITIK)
TUAN HJ SADI BIN TAHIR BIN RANTAU
(GURU)
LATIFAH BINTI HJ AMAN BIN RANTAU
(PETANI)
HJ MASLIN BIN PATOH BIN GALIDAU
(PETANI)
Anak Cucu Cicit GALIDAU Kaga Kondongoi:
Keturunan Patoh @ Abdul Fatah Galidau
Anak-anak:
- Bangguan Patoh
- Sani Maslin
- Mohd Isa @ Joseph
- Mohd Asli
- Wasnin
- Banieh
- Bangguan Patoh Galidau
- Anak-anak: Leniam Bangguan, Muniah, Awang, Murni, Mumin, Masinah, Fini dan John.
- Sani Maslin Patoh Galidau
- Anak-anak: Hajimin Maslin, Normala, Hajijah, Husin, Roslan & Normalah.
- Mohd Isa @ Joseph Patoh Galidau
- Anak-anak: Hamidah Mohd Isa, Rohani, Zakiah & Roizah
- Santia @ Mohd Asli Patoh Galidau
- Anak-anak: Sharifah Mohd Asli, Zul Halmi, Zamurul, Zaitol, Nani, Ghaus, Gizal
- Banieh Patoh Galidau
- Anak-anak: Rosneh Saiki Muntu, Roger, Ronie, Rudi, Raider, Rabica
- Minsuan @ Wasnin Patoh Galidau
- Anak-anak: Siti Aini Wasnin,Widawati,Moh Minah,Mohd Adib,Milah,Widah
Keturunan Rahsin Galidau
Anak: Saidi Rahsin
- Saidi Rahsin
- Anak-anak: Jamlee Saidi, Hasnah, Juinah, Siti, Maksul, Mansor, Habibah, Zainab
Keturunan Domoi Galidau
Anak-anak:
- Godtol Salimun,
- Rusiam,
- Gindol,
- Ambah
- Godtol Salimun
- Anak-anak: Patra Suil Godtol, Sulia, Kusina, Masnah, Rasinam, Harry
- Rusiam Salimun
- Anak-anak: Marius, Kangut, Stephen, Catherine, Lasius, Laniam, Rustinah, Rosilin, Lina, Payangot, Dadi
- Ambah Salimun
- Anak-anak: Maznah Salau, Ruzana, Salmiwati, Ipin, Eillin, Hashimah, Nani, Robert
- Gindol Salimun
- Anak-anak:George dan Folorina
Anak Cucu Cicit RANTAU Kaga Kondongoi
Keturunan Haji Aman Rantau
Anak-anak: Latipah Hj Aman, Mardiah Hj Aman, Abzarah Hj Aman, Rajibi Hj Aman
- Latipah Hj Aman
- Anak-anak: Mohd Zaini Yaakub, Nasiri, Rumainah, Mohd Zainuddin, Sarbinah, Rozinah, Mohd Nazaran.
- Mardiah Hj Aman
- Anak-anak: Razali John Barantau, Nordin, Stela, Elda.
- Abzarah Hj Aman
- Anak-anak: Norliza Usile, Norkartini, Mohd Zarlie, Mohd Zulizie, Mohd Yahya.
- Rajibi Hj Aman
- Anak-anak: Faizal Rajibi, Norhana, Munira, Manira.
Keturunan Gilong Rantau
Anak-anak: Tan Sri Datuk Hj Ghani Gilong, Suhaimi, Fuad, Laniam, Gengkoh.
- Datuk Hj Ghani Gilong
- Anak-anak: Celia, Philip, Well, Wachi, Mongguyu, Kulando, Tinah, Hasnah.
- Suhaimi Gilong
- Anak-anak: Purhaba, Wasnin, Zaba, Hatifah, Fauziah, Zubaidah, Zaidi.
- Fuad Gilong
- Anak-anak: Betty, Boy, Sharifah Nelly, Nelson, Ani, Ana, Hanif.
- Laniam Gilong
- Anak-anak: Jupili Angkui Aziz Wong, Kaling, Sukim, Sui Moi, Mairin, Monica, Hanifah, Maini, Azaman, Johan.
- Gengkoh Gilong
- Butiran belum diperolehi.
Keturunan Tahir Rantau
Anak-anak: Sadi, Malek, Manap.
- Sadi Tahir
- Anak-anak: Noraini, Yunus, Tajuddin, Hashima, Jaldin, Zaini, Roziah, Rashidah, Harris.
- Malek Tahir
- Anak-anak: Felda, Fazli, Falsia, Faizah, Fazni, Fazia, Fazdi.
- Manap Tahir
- Anak-anak: Julaika, Hafiz, Haidah, Hamdan, Mangon.
Keturunan Hjh Musarah Rantau
Anak-anak: Udin, Hashim, Amir, Amin, Hashimah, Jalumin.
- Udin Jahali
- Anak-anak: Hamdan, Hasbi, Mahadi, Hussin, Zul, Maun, Hamidon.
- Hashim Jahali
- Anak-anak: Hadi, Hamdi, S. Hamni, Hasmi, Hasmawati, Hasidah.
- Amir Jahali
- Anak-anak: Wasli, Ramlah, DR Ramli, Ramsiah, DR Abdul Fatah, Saleha.
- Amin Jahali
- Anak-anak: Siti Hafsah, Azmain.
- Hashimah Jahali
- Butiran belum diperolehi.
- Jalumin Jahali
- Anak-anak: Fardha, Fardhi, Farah, Farni, Farna.
Keturunan Zaleha Rantau
Anak-anak: Jumin, Saimin, Rahmah, Awang, Sekium, Hashimah.
- Jumin Omar
- Anak-anak: Hasbi, Zuraidah, Rafidah, Hasdi, Suridah, Norlida, Hasta.
- Saimin Omar
- Anak-anak: Siti Aminah, Jamaliah, Mohd Sukri.
- Rahmah Omar
- Anak-anak: Roslin, Samsiah, Anuar, Zainal, Izram.
- Awang Omar
- Anak-anak: Norbani, Norman, Effandi, Ana.
- Sekium Omar
- Anak-anak: Ramlah Yaakub.
- Hashimah Omar
- Anak-anak: Salleh Ghani Ahmad, Jasni, Jahar Tah, Azahari, Bustamam, Zubaidah, Borhan, Sapani, Zaaba, Mohd Yani, Mohd Yazid, Mohd Zah.
Keturunan Sakamboi Rantau
Anak-anak: Guati, Nauth, Jusili, Harti, Daimah.
- Guati Potoh
- Anak-anak: Elizabeth, Roslinda, Emily, Raymond.
- Nauth Potoh
- Anak-anak: Azman, Azlina, Azlan, Azam.
- Jusili Potoh
- Anak-anak: Ikmal, Farina.
- Daimah Potoh
- Anak-anak: Ismail Salleh, Zubaidah, Emeliana, Zuraini, Nuraidi, Masni, Hasmi, Sarina, Azuan.
Nota Inspirasi Kehidupan Keluarga:
Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Ghani Gilong daripada etnik Dusun, wakil rakyat dan ahli parlimen PERTAMA dan seorang tokoh politik veteran dari Ranau, Sabah. Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Gondohon, Bundu Tuhan, Ranau (Menetap di Kampung Matan). Tan Sri pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan, dan juga dikenang sebagai salah seorang tokoh penting dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Antara sumbangan ialah semasa Menteri Kerja Raya ialah pembinaan jalan Kota Kinabalu-Ranau ke Sandakan, terlibat dalam perancangan pembinaan beberapa projek infrastruktur antaranya Lebuhraya Karak, Terowong Genting Sempah, bangunan utama kampus Institut Teknologi MARA di Shah Alam dan Empangan Temenggor di Perak. Tan Sri telah berkhidmat di bawah 2 orang Perdana Menteri, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak Hussein. Selain itu, Tan Sri juga pernah memegang Menteri Kehakiman, Menteri Pengangkutan, serta pemangku Menteri Kesihatan dan Pertanian antara 1968 hingga 1978, dan menjawat Menteri Kerja Raya selama 7 tahun.
Sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam proses membentuk Malaysia maka pada 2010, Ghani merupakan antara tokoh yang dianugerahkan Tokoh Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 6 Mac 2021 pada usia 88 tahun di Kota Kinabalu, Sabah.
Sadi Bin Tahir atau dikenali juga sebagai Cikgu Tuan Haji Sadi. Cigku Sadi adalah antara individu terawal menjadi guru di Daerah Ranau iaitu pada pertengahan tahun 1950-an. Beliau menjalani kursus perguruan di Maktab Perguruan Kent, Tuaran dan Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Perjalanan hidupnya sebagai guru membawa beliau merantau di beberapa daerah di Sabah antaranya Pulau Tambisan, Sandakan, Tambunan, Ranau, Petagas, Kota Kinabalu, Lahad Datu, dan lain-lain tempat.
Sebagai pendidikan, Cikgu Sadi pernah memegang pelbagai jawatan. Bermula daripada guru biasa ke penolong kanan dan guru besar, dan jawatan terakhirnya ialah sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu pada tahun 1983/84 dan Ketua PPD Daerah Ranau dari tahun 1984 sehinggalah tempoh persaraan wajib beliau pada 2 Julai 1990.
Ketika mengajar di SRK Pulau Tambisan, antara pelajarnya ialah Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin (Ketika ini - TYT Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji). Namun sebagai seorang ayah, Cikgu Sadi telah dianugerahkan sembilan orang anak (Yunus Yusadita Sadi, Cikgu Noraini Onnie, Cikgu Mohd. Tajuddin Sadi Tj Tasatra, Cikgu Hashimah, Cikgu Mohd. Jaldin, Cikgu Md Zaini, Cikgu Rodziah, Cikgu Hjh Rashidah, dan Mohd. Harris Ritchie Sadi), dan sebagai seorang guru, seramai 7 orang anaknya turut menjadi guru, maka dia telah meninggalkan legasi dalam bentuk semangat dan dedikasi untuk mendidik generasi seterusnya.
Keluarga Rintingan & Kiot
Cucu-cucu Rintingan & Kiet
MODILI RINTINGAN
LOMBI RINTINGAN
Asal Usul Dua Keluarga
Pasangan Kaga dan Kondongoi telah dikurniakan enam orang anak:
- Rantau
- Galidau -> Carta Keluarga
- Linog
- Bali
- Gurod
- Kembiong
Sementara itu, pasangan Rintingan dan Kiet pula dikurniakan lima orang anak dan banyak cucu-cicit:
- Lombi
- Potoh
- Gapaya
- Medili
- Mandadi
Keturunan Galidau dan Rantau
Daripada susur galur ini:
- Galidau dikurniakan tiga orang anak: Rahsin Galidau, Domoi Galidau, dan Patoh Galidau.
- Rantau pula dikurniakan enam orang anak: Hj Aman, Gilong, Tahir, Musarah, Sakamboi, dan Zaleha.
Memandangkan Mandadi Rintingan tidak dikurniakan zuriat bersama isterinya, Gobongoh Linggu, mereka telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Sipaan Singeh. Dengan itu, Sipaan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rintingan & Kiet.
Ikatan Perkahwinan
Hubungan antara keluarga Kaga & Kondongoi dengan keluarga Rintingan & Kiet terjalin melalui ikatan perkahwinan. Patoh bin Galidau dari Kampung Gondohon, Bundu Tuhan telah memperisterikan Lombi binti Rintingan dari Kampung Towo-Towo, Bundu Tuhan. Hasil perkahwinan ini, pasangan tersebut dikurniakan enam orang anak:
- Bangunan (Yunus)
- Sani (Maslin)
- Nasur (Mohd Isa)
- Baniah
- Sintia (Mohd Asli)
- Minsuan (Wasnin)
SIPAAN @ Fredoline Singi dan isterinya Boiti @ Bernadette Sangau
Kasih Sayang dan Anak Angkat
Sebagai sebuah keluarga yang penuh prihatin, keluarga Patoh telah mengambil dua orang anak angkat adik-beradik lelaki dan perempuan, iaitu Hj Jalil Gabat dan Ladom Gabat.
- Tuan Hj Jalil bin Gabat berkahwin dengan Puan Rokaya Gunting, dan dikurniakan anak-anak: Sabariah, Siti Mulah, Rajumah, dan Rajimin.
- Ladom Gabat pula berkahwin dengan Gunting bin Gundolot, dan pasangan ini dikurniakan 9 anak: Sangau, Juan, Mansun, dan Dusina.
Perkahwinan Patoh Galidau & Lombi Rintingan bukan sahaja menyatukan dua cabang keluarga besar, tetapi juga menjadi asas kepada hubungan kekeluargaan yang terus berkembang hingga ke generasi hari ini. Warisan ini menjadi bukti bahawa ikatan perkahwinan mampu melahirkan kasih sayang, silaturrahim, dan kesinambungan keluarga yang kukuh.
Penjelasan & Pengakuan: Rajumah binti Jalil dan Hj Jalil Bin Gabat