Tagudon Lama - Copy
PENDAFTARAN
Tagudon Lama
Kampung Tagudon Lama terletak dalam Daerah Ranau, Sabah, kira-kira 12 kilometer di Bahagian Barat Gunung Kinabalu. Kampung ini berdekatan atau berjiran dengan beberapa buah kampung lain seperti Kampung Pulutan, Kampung Ratau, Kampung Himbaan, Kampung Pahu, Kampung Karanaan, Kampung Kemburongoh, Kampung Sosondoton, Kampung Toboh, dan Kampung Terolobo.
Lebih kurang 90% penduduk Kampung Tagudon Lama terdiri daripada etnik Dusun Liwan. Komuniti ini sangat bangga dengan identiti dan budaya mereka, termasuk bahasa ibunda dan tradisi seperti paluan gong yang dikenali sebagai 'tagung.
Hampir 100% penduduk Kampung Tagudon Lama kebanyakannya menganut agama Islam. Agama ini memainkan peranan penting dalam kehidupan harian mereka, termasuk dalam adat dan budaya komuniti, sementara sumber ekonomi utama penduduk Kampung Tagudon Lama adalah pertanian. Mereka terlibat dalam penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Selain itu, penternakan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang tidak kurang penting di kampung ini.
Istimewanya kampung Tagudon Lama ialah kampung ini mempunyai sejarah pendidikan yang tersendiri, iaitu Sekolah Kebangsaan Tagudon Lama, yang didirikan pada awal tahun 1955 sebelum merdeka lagi (Persekutuan Malaysia) oleh penduduk kampung secara gotong royong.
Dengan kedudukan kampung ini yang terletak pada ketinggian 1,135 meter di atas paras laut, memberikan pemandangan yang indah dan suasana yang nyaman.
Adakah anda pernah melawat kampung ini atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan di sana?
ESIM KABBAS
PULUTAN TAGUDON LAMA
KASUMAN KEWIT (KUMPINAI) SUKARDI
TAGUDON LAMA
ROMAN LIMBONGOT
SIMPANG MAMUT LOHAN
MURISAH TUMI (KUMBINAI)
TANAH MERAH KILIMU
Tumi berkahwin 2 kali setelah kematian suami pertama (Gubil). Gubil dikuniakan dua orang anak iaitu Murisah dan Nona. Tumi berkahwin dengan Akar dikurniakan seorang anak Saimin Akar.
SAPIN LUHUBAN
TAGUDON LAMA
GAMBAR yang ditunjukkan di atas merupakan generasi tua iaitu anak-anak cucu (putu) kepada Gubilan (Atok) bin Gaouling (Boyut). Gubilan bin Gouling mempunyai seramai 8 orang anak. Mereka ialah Kabbas, Kahan, Limbongot, Luhuban, Tumi (KUMBIHAI), Kewit (KUMPINAI), Abd Rahman (KADAMAT), dan Kabbat. CARTA. Kesemua keluarga ini, mulanya tinggal di Tagudon Lama, namun terdapat juga yang berhijrah ke Tagudan Baru dan Kampung Lohan Ranau.
Menurut catatan Dr Zakaria Illyas Gawar, Tagudon Baru dibuka dengan rasminya pada 25 Januari 1956. Dr Zakaria adalah Pengerusi Kampung PERTAMA 1976.
KARANAAN
KENINGAU
KOTA KINABALU
SANDAKAN
DR ZAKARIA Illyas
TAGUDON BARU RANAU
SARAWAK
Empat gambar genarasi muda atau generasi ke-3, bersaudara, iaitu anak cicit (buyut) Gubilan (Atok) bin Gaouling (Boyut). Gambar dari kiri anak Murisah binti Tumi (Kumbihai), anak Hj Roman bin Limbongot, anak Sapin bin Luhuban, Anak Kasuman Kewit (Kumpinai) Sukardi, dan paling kanan anak Esim Bin Kabbas.
YUSI RAHIM
bersama 3 orang cucunda
SAIMIN AKAR & ANAK-ANAKNYA
TAMPARULI - (Gambar koleksi Saimin )
Keluarga Asas Gouling Tagudon Lama
Keluarga ini, selain tinggal di kampung asal di Kampung Tagudan Lama, terdapat juga ada keluarga berpindah rendah ke tempat lain, setelah berkahwin disamping mencari kawasan pertanian yang baru, seperti melakukan penempatan kekal di Kampung Tagudon Baru, Kampung Lohan, Kampung Kilimu dan beberapa tempat lagi seperti berhijrah ke Keningau, Sook, Tuaran, Tudan Baru dan sebagainya.
MOHD ALI KONDOLIS
NOTA Inspirasi !!!
Tercatat dalam sejarah silam, Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau dibina pada tahun 1962 menggunakan nama Goverment Junior Secondary School dan mula menerima kemasukan pelajar pada awal tahun tersebut. Idea penubuhan sekolah ini disuarakan oleh Tuan Haji Ruman Limbongot dalam mesyuarat Agung Tahunan USNO. Dalam masa yang singkat, nama sekolah ini telah ditukar kepada Goverment Secondary School selaras dengan fungsinya yang menyediakan peluang pendidikan sehingga tingkatan Lima.
Haji Roman adalah antara orang Ranau yang terawal diIslamkan oleh Mandur Syarif Adiwinata atau nama sebenar Muhammad Sarip Adiwinata Ambik atau Syeikh Saib, juga dikenali sebagai Bapa Tua di kalangan orang Dusun Islam. Rakan-rakan beliau yang terawal memeluk Islam ialah Muhammad Ali Kandalis, Daud Beringkok, dan Naiman Aru. Ada berapa pendapat, bahawa syarif sebenarnya mempunyai ilmu batin. Dengan ilmu yang ada padanya, sesiapa saja yang ingin menuntut atau mempelajarnya, hendaklah beragama Islam. Dalam situasi ini, mandur telah berjaya menggunakan ilmu kebatinannya untuk menarik ramai untuk memeluk Islam.
GURU-GURU PERINGKAT AWAL
SEBAHAGIAN BANGUNAN SMK MAT SALLEH
ANTARA PELAJAR SMK MAT SALLEH 70an
KOLEKSI KASUMAN SUKARDI (GAMBAR MANDUR SYARIF DILETAKAN DALAM SATU FRAME)
CIKGU RONIA BINTI KASUMAN SUKARDI, DI RUMAH KEDIAMANNYA DI KG TAGUDON LAMA
Rahim @ Raim Bin Gampadus Bin Limbawang
RAMONA GILING BUNAHAU
(Isteri Saimin Akar)
LIASAN BAHINDAL
Keluarga Dari Tagudon Lama
Asal usul IBU, daripada ayah atau keluarga lelaki, adalah Yusi binti Raim @ Rahim bin Gampadus Bin Limbawang. Gampadus berkahwin dengan Rinam binti Gawar. Adik beradik Rinam ialah Minah, Mentehik dan Elyias. Keluarga ini berasal dari kampung Sosondoton, Ranau. Pasangan Rinam dan Gampadus telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak, iaitu Gadiah, Raim@Rahim dan Maniah. Lihat CARTA 7 sementara Minah dikurniakan 3 orang anak, iaitu Pooi, Muhamad, dan Kontoboi. Elyias juga dikurnikan anak-anak, iaitu Hj Abdul Rahim, Hjh Aminah, Hatimah, Jaisah, Rosanani, dan Dr Zakaria. Mentehik aiso SAKAG.
Setelah Raim@Rahim berkahwin dengan Murisah Gubil (Sembet), mereka tinggal di Bayat/Butor dan di Kampung Tagudon Lama, sebelum berhijrah ke Kampung Tanah Merah Kilimu di pertengahan tahun 1960an. Pasangan ini telah dikurniakan seramai 4 orang anak, iaitu 3 orang nak perempuan dan seorang anak lelaki. Anak-anak Rahim & Murisah, ialah Yusi, Kamin, Dzahara dan Kamasriah. Yusi berkahwin dengan Hj Maslin dan kini menetep di Kampung Himbaan Ranau, Kamin Rahim berkahwin dengan Roslina (Mayang) menetap di kampung Tudan Baru, Bingkor Keningau, Dzahara Rahim berkahwin dengan Nazir (Pulau Pinang) menetap di Kota Kinabalu, dan Kamasriah Rahim berkahwin dengan Hj Johan yang menetap di Taman Mawar Sibuga, Sandakan. Lihat CARTA 8.
Gadiah berkahwin dengan orang Sosondoton dan kini menetap di Keninagau. Hasil perkahwinan Gadiah dengan pasangannya telah dikurniakan tiga (3) orang anak, iaitu Sirad, Peridi dan Suriah. Anak-Anak Sirad ialah Wagimin, Rahitah, Waiman, Hj Khamidin, dan Kiman. Maklumat anak-anak Peridi dan Suriah, belum diperolehi setakat ini. Lihat CARTA 9.
Sementara Maniah telah berkahwin dua kali, iaitu Bagong (suami Pertama) dan Mohd Don (suami ke-2) telah dikurnia dengan 4 orang anak, iaitu Waliah Bagong, Simin Bagong, Hj Karim Bagong, dan Gahamid @ Abdul Hamid Bin Mohd Don. Kini, Haji Karim CARTA10 dan Simin Bin Bagong CARTA11 menetap di Tanah Merah, Kampung Kelimu, Ranau sementara Waliah Bagong CARTA12 menetap di kampung Ketuntul, Ranau manakala Gahamid @Abdul Hamid Bin Mohd Don CARTA 12 dan keluarganya menetap di Kampung Tudan Baru, Bingkor Keningau. (Video penjelasan tentang Mohd Don)
Asal usul IBU, daripada ibu atau keluarga perempuan, adalah Yusi binti Murisah binti Gubil @ Sembet. Adik beradik Gubil@Sembet ialah Gudal dan Gintal CARTA 13. Anak si Gudal ialah Mayang, Bungah, Manap dan ada lagi tapi tak ingat semantara anak-anak Gintal ialah Sarah dan ada lagi tetapi tidak pasti.
Ibu Murisah iaitu Tumi (nama Islam) atau Kumbihai merupakan sakag Gouling. Adik beradik Tumi (Kumbihai) ialah Kahan, Kabbas, Lembongot, Luhuban, Kewit (Kumpinai) dan Rahaman CARTA14. Tumi berkahwin dengan Gubil atau Sembet. Tumi dengan Gubil dikuniakan dengan dua orang anak iaitu Murisah dan Nona CARTA15. Setelah Tumi kematian suami, beliau berkahwin dengan Akar dan dikurniakan denga seorang anak bernama Saimin Akar. Saimin, kini menetep di Tamparuli, Tuaran.
Murisah berkawin dengan Rahim dan Nona berkahwin dengan Bahindal yang kedua-dauanya berasal dari kampung Sosondotan Ranau. Saimin pula berkahwin dengan Ramona Giling Bunahau dari Bundu Tuhan. Ramona mempunyai seorang adik bernama Rasumiah, isteri kepada Rusilin dan menetap di Kampung Bayangan Keningau. Anak-anak Rosmiah ialah Linawati, Abdul Mubin, Lihah, Kadir, Sharifah, Talib dan Ateh.
Tumi telah berkahwin dua kali. Suami pertama ialah Gubil dan kedua Akar. Saimin Akar telah berkahwin kali kedua setelah isteri pertama beliau meninggal dunia. Isteri keduanya ialah Radiah Rosnani @ Faedah Hajiman dari Randogong, Ranau. Kini mereka masih menetap di Tamparuli, Tuaran.
ERWAN GUNDA
NOTA ERWAN GUNDA masih dalam penilaian!!!
16 Oktober 2024
SMK Mat Salleh asal nama sekolah itu; Government Junior Secondary School (GJSS). Sekolah itu dicadangkan arwah Tan Sri Ghani Gilong tapi dinafikan oleh beberapa orang yang berpengaruh setelah suara TSGG tidak lagi ada power. Sekolah itu mula dibina tahun 1960 semasa kami Darjah VI di GPS (sekarang SK) Pekan Ranau. GJSS pertama di Sabah adalah Tawau dan Kota Belud kemudian diikuti Papar (Majakir) dan Ranau (Mat Salleh). Selepas itu di lain-lain daerah. Hanya ada Government Secondary School Jesselton menumpang di Maktab Sabah yang akhirnya dapat bangunan sendiri di Likas (sekarang SMK Likas).
Saya tidak arif sejarah orang yang pertama memeluk agama Islam dari daerah Ranau tapi mungkin bukan arwah Hj. Ruman. Sebenarnya bapa saya (mengguna nama Gudiman Abdullah sehingga meninggal pada 1999) memeluk agama Islam antara 1939 -1942 tapi tidak tersebar sebab beliau di Sandakan.
Sinusun bin Tumpangan (mengguna nama Muhamad Kahar) orang Bundu Tuhan juga memeluk agama Islam (di Kota Belud) pada tahun 30-an tapi tidak tersebar. Akhirnya kembali mengamal budaya lama sebab tiada bimbingan sesudah balik Kg. Bundu Tuhan.
ABADIKAN GAMBAR SEMASA MESYUARAT KAGUM DI LOHAN, PADA 10 DISEMBER 2017
SINTEH SANDUNGAN & MASLIN PATOH
PATOH BIN GALIDAU
(HIMBAAN)
GAMBAR menunjukan Patoh Bin Galidau Binti Kaga Binti Bonding Bin Simpod Bin Humboloi Bin Rudian (Rudayon) Bin Laangon (& Laandoi) sedang diislamkan oleh Ustaz Saad di rumah kediaman anak bungsunya Wasnin bin Patoh, bertempat di Kampung Lingkodou Ranau pada tahun 1976.
KAMPUNG BUNDU TUHAN
Sedikit latar belakang tentang Kampung Bundu Tuhan. Kampung Bundu Tuhan terletak di Ranau, Sabah. Kampung ini dihuni oleh etnik terbesar Dusun, yang mayoritas adalah petani. Mayoritas penduduknya beragama Kristen, namun juga terdapat komunitas Muslim. Kampung ini dikelilingi oleh hutan tebal yang hijau dan dihiasi oleh bukit-bukit serta gunung-gunung yang menawan. Salah satu gunung yang terdekat adalah Gunung Kinabalu, yang menjadi daya tarik utama bagi para pendaki dan pelancong yang mengunjungi kampung ini.
Kampung Bundu Tuhan memiliki keunikan tersendiri karena keindahan alamnya yang memukau dan keberagaman budaya serta agama yang harmonis. Penduduknya menjaga kelestarian alam dengan baik, sehingga kampung ini menjadi destinasi yang populer bagi para pecinta alam dan petualang.
Selain itu, kampung ini juga terkenal dengan kekayaan budaya tradisional yang masih dijaga dengan baik. Pengalaman tinggal sementara di kampung ini dapat memberikan wawasan yang berharga tentang kehidupan masyarakat pedesaan yang masih sangat mengandalkan alam sebagai sumber kehidupan.
Kampung Bundu Tuhan merupakan destinasi yang sempurna bagi siapa pun yang ingin menikmati keindahan alam, merasakan kehangatan masyarakat pedesaan, serta mempelajari keberagaman budaya yang kaya.
RAHSIN BIN GALIDAU
(LINGKUDOU)
RAHSIN BIN GALIDAU
(GONDOHON)
Adik beradik berlainan IBU
Kisah silam yang diceritakan ini mengungkap sejarah sosial dan genealogis Kaga dan Kondongoi yang menetap di Kampung Bundu Tuhan. Mereka dianugerahi enam orang anak, masing-masing dinamakan Rantau, Galidau, Linog, Bali, Gurod, dan Kembiong, seperti yang tertera dalam CARTA 3..
Galidau, salah seorang anak mereka, menjalani kehidupan yang kompleks dengan tiga kali mendirikan rumahtangga setelah kematian isteri sebelumnya. Dari perkahwinan-perkahwinan ini, Galidau dikurniakan empat orang anak: Rahsin Galidau, Patoh Galidau, Sondiong Galidau, dan Demoi Galidau. Penjelasan lanjut mengenai latar belakang keluarga ini diberikan oleh Wasnin Patoh Galidau.
Galidau juga mempunyai dimensi sosiologis lain dengan mengambil dua orang anak asuhan, Hj Jalil Gabat Gimor dan Ladom Gabat Gimor, yang berasal dari Kampung Kinasaraban. Anak asuhan ini direkodkan dalam Carta 4, dengan penjelasan diberikan oleh Tuan Haji Jalil Gimor dan Dusina Gunting.
Patoh, juga dikenali sebagai Abdul Fatah setelah memeluk agama Islam, mendirikan rumah tangga dengan Puan Lombi binti Rintingan dari Kampung Towo-Towo, Bundu Tuhan.
Leluhur keluarga ini, Haji Maslin @ Sani bin Abdul Fatah (Patoh sebelum Islam) bin Galidau bin Kaga, berasal dari Kampung Bundu Tuhan. Maslin adalah generasi keenam daripada keluarga pasangan Kaga dan Kondongoi. Kaga adalah generasi kelima dari keluarga Laangon dan Laandai, memperlihatkan kesinambungan keturunan yang direkodkan dalam CARTA 1.
Dalam hierarki keluarga ini, Kaga dan Kondongoi dipercayai mempunyai empat adik beradik, iaitu Lugas, Lihuan, dan Goram seperti yang tercatat dalam CARTA2. Namun, terdapat ketidakpastian sama ada mereka benar-benar adik beradik kepada Kondongoi atau Kaga. Pencerita yakin bahawa Gurom menetap di Kampung Toboh Ranau, sementara Lugas dan Kondongoi menetap di Kampung Bundu Tuhan, dan Lihuan menetap di Kampung Lohan dan Bongkod, Ranau. Sebahagian ahli keluarga ini dipercayai telah berhijrah ke daerah Tuaran, Sabah, menandakan penyebaran dan dinamika sosial dalam keluarga ini.
MONTIAH
(dari Kota Belud)
SAIDAH LIMBAS
KELUARGA Rashin Galidau
Rashin telah menikah dengan SAIRAH LIMBAS. Keluarga ini dikurniakan seorang anak lelaki yang dikenali sebagai Saidi Rahsin atau Cikgu Saidi Rahsin. Keluarga ini tinggal menetap di Kampung Lingkodau Ranau. Cikgu Saidi berkahwin dengan MONTIA dari Kota Belud.
KELUARGA Domoi Galidau
Domoi telah menikah dengan SALIMON. Keluarga ini, sebenarnya dikurnia seramai 5 orang anak tetapi tinggal 4 orang kerana seorang daripada anaknya meninggal dunia sebelum berkahwin. Anak-anaknya ialah Rosiam, Ambah, Godtol dan James atau Gindol. Keluarga ini tinggal menetap di Kampong Gondohan Bundu Tuhan dan Kampung Himbaan, CARTA 4.
KELUARGA Patoh Galidau
Patoh berkahwin dengan LOMBI RINTINGAN (KIOT) dari Kampung Towo-Towo Bundu Tuhan. Lombi mempunyai seramai 5 orang adik beradik. Mereka ialah Potoh, Gapaya, Medili, dan Mandadi, CARTA 5. Pasangan ini dikurnia 6 orang anak, iaitu Bangguan, Sani Maslin, Isa Nahsor Joseph, Baniah, Sintia Mohd Asli, dan Minsuan Wasnin. Keluarga ini tinggal di berbagai tempat Bangguan, Sani Maslin dan Sintia Aslie menetap di Kampung Himbaan, sementara Isa dan Baniah masing-masing menetap di Kota Kinabalu dan Tawau, dan adik bongsu Minsuan Wasnin tinggal dan menetap di Kampung Lingkodau Ranau, CARTA 6.
PERTEMUAN DUA KELUARGA TAGUDON LAMA DAN BUNDU TUHAN
HJ MASLIN & YUSI BINTI RAHIM
HAJIMIN & LATIFAH
HJ ABU BAKAR TITINGAN
KEE HAFSAH
Anak kepada Patoh Galidau, Haji Maslin @ Sani bin Patoh bin Galidau bin Kaga, yang berasal dari Kampung Bundu Tuhan, telah bersatu dengan Yusi binti Rahim bin Gampadus bin Limbawang dalam ikatan suci perkahwinan.
Pasangan ini telah dikurniakan enam cahaya mata dan menetap di Kampung Himbaan, Ranau. Anak-anak mereka, Hajimin, Normala, Hajijah, Husin, Roslan, dan Normish, kini telah membawa jejak langkah ibu bapa mereka dengan mendirikan rumah tangga masing-masing. Hajimin, misalnya, telah memperisterikan Rumainah Yaakub bin Sambuling, cucunda kepada Tuan Hj Aman Rantau dari Lingkodau, Ranau. Bersama-sama, mereka telah dikurniakan tujuh anugerah Tuhan yang membawa sinar kebahagiaan.
Walau jodoh mereka hanya bertahan dua dekad, Hajimin memilih untuk melangkah maju dengan seorang balu, anakanda kepada Datuk Seri Pangalima Hj Abu Bakar Titingan dan Datin Kee Hafsah Kee Sulaiman dari Tawau. Sementara itu, Normala menjalin ikatan kasih dengan Santi Dino dari Kampung Pirasan, Kota Belud, dikurniakan dengan tiga permata hati.
Hajijah pula menemukan cinta abadi bersama John (Adam Abdullah) dari Tamparuli, dan mereka dianugerahi dua cahaya mata. Husin menjalin janji suci dengan Salmah dari Kampung Penampang, Kota Belud, menyambut empat bintang kecil dalam hidup mereka.
Roslan setia pada Ester Lingkapo dari Kampung Tanaki, Papar, sementara Normisah mengikat janji dengan Marmin dari Kampung Bayang, Keningau, membesarkan empat anak dengan penuh kasih sayang
KANAN: Nenek Patoh Bin Galidou mendukung cicitanda Hartini (1983)
KIRI: Husin, Roslan, Zulhilmi (sepupu) dan Normisah
HARI KELUARGA BESAR
Untuk merapatkan lagi silaturahim sebagai keluarga besar, maka MAJLIS SAMBUTAN KELUARGA BESAR diadakan sesuai dengan kertersediaan para ahli keluarga yang berkaitan.
Hari Keluarga GAWAR & KINSIROM 2024
Hari Keluarga PATOH GALIDAU 2015
Hari Keluarga KAGUM 2019
Kumpulan piut-piat GALIDAU Kondongoi + Kaga
Gambar dari Kiri: Semma Salau, Siti Hazwani Patra, Masinah Bangguan, Hailin@Pongot Gambud, Kombo Salau, Rasinam Godtol
Cucu Rahim & Murisah
Keluarganya menetap di Menggatal Kota Kinabalu.
Cucu Maniah & Mohd Don
Keluarganya menetap di Kampung Tudan Keningau.
Cucu Rahim & Murisah
Keluarganya menetap di Kampung Tudan Baru Keningau.
Cucu Maniah & Bagong
Keluarganya menetap di Tanah Merah Kampung Kilimu Ranau.
Cucu & Cicit Maniah Bagong abadikan kenangan sempena majlis keluarga Gawar
Cucu Abdul Hamid Mohd Don daripada salasila Maniah
Cucu & cicit Rahim & Murisah dalam majlis keluarga Gawar 2024
Anak-anak Cicit Manih Bagong, sempet dirakam dalam majlis Gawar
Cucu Rahim & Murisah
Keluarganya menetap di Kapayan Kota Kinabalu.
Cucu & Cicit Minah memperkenalkan diri dalam Majlis Gawar 2024
GELARAN/PANGGILAN KE ATAS:
SAYA - Abah/Emak - Atok Lelaki/Atok Perampuan - Nenek Lelaki/Nenek Perempuan - Moyang - Muit - Canggah - Warit - Warin - Onang - Aning - Kelupak - Buyut.
GELARAN/PANGGILAN KE BAWAH:
SAYA - Anak - Cucu - Cicit - Piut- Piat - Mait -Oneng-oneng.