Emel: Syarat Keahlian

Syarat Keahlian

Sila baca Syarat Keahlian yang berikut sebelum mendaftar.

1. Kenyataan Kerja

Pengendali dan Pentadbir

Sabah.Net akan menyediakan akaun emel yang dikenakan bayaran (jika ada) kepada pengguna-pengguna melalui rangkaian Sabah.Net. Akaun emel ini membenarkan pengguna untuk menggunakan aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan tambahan Sabah.Net, tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

2. Perjanjian Perkhidmatan

Keahlian Sabah.Net mestilah dibuat melalui Borang Permohonan Emel Sabah.Net yang telah ditetapkan atau melalui perkhidmatan pendaftaran Sabah.Net secara talian terus (on-line).

Pemohon mesti menandatangani dan mematuhi syarat-syarat Sabah.Net yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

3. Keahlian

Terdapat lima (5) kategori Keahlian Sabah.Net buat masa ini:

  • Pelajar
  • Peribadi
  • Organisasi Sukarela (NGO)
  • Insititusi Pendidikan
  • Komersil / Korporat

Rakyat Malaysia yang menetap di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan layak untuk menjadi pelanggan Sabah.Net di bawah kategori Peribadi.

Rakyat Malaysia yang menetap di Sabah yang di bawah umur 25 tahun, yang tidak bekerja dan adalah pelajar sepenuh-masa layak menjadi ahli di bawah kategori Pelajar. Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk meminta pengesahan pelajar pada bila-bila masa.

Organisasi yang berdaftar layak untuk menjadi ahli Sabah.Net (termasuk organisasi luar negeri yang mempunyai cawangan di Sabah). Organisasi berkenaan mesti mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran (yang telah disahkan) bersama-sama Borang Permohonan Sabah.Net.

Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang alasan.

Setiap pemohon, tanpa mengira kategori keahlian, adalah layak untuk memohon satu akaun Sabah.Net sahaja.

4. Kad Pengenalan (KP)

Salinan KP diperlukan bagi setiap permohonan yang dibuat. Kegagalan untuk menghantar salinan ini boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Sila merujuk kepada Prosedur Permohonan untuk maklumat lanjut.

5. Permulaan Perkhidmatan

Perkhidmatan-perkhidmatan akan bermula dan perjanjian ini akan berkuatkuasa sebaik sahaja permohonan diluluskan oleh Pentadbir dan Operator Sabah.Net.

6. Bayaran (jika berkenaan)

Bayaran perkhidmatan mestilah dibayar mengikut syarat di dalam borang permohonan. Bayaran ini tidak termasuk yuran telekomunikasi yang dikenakan oleh Telekom Malaysia sebanyak 3 sen seminit.

7. Tanggungjawab Pengguna

Setiap akaun Ahli Peribadi dan Pelajar adalah untuk kegunaan Ahli dan tidak boleh dipindah milik.

Setiap akaun organisasi tidak dihadkan jumlah penggunanya dalam sesebuah organisasi.

Seseorang Ahli dilarang memberi perkhidmatan Internet dan Intranet dengan menggunakan rangkaian Sabah.Net kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada Pentadbir dan Operator Sabah.Net.

Seseorang Ahli dilarang menggunakan jaringan Sabah.Net untuk mengedarkan iklan perdagangan yang tidak dibenarkan. Ahli tidak boleh menghantar lebih daripada 2MB data pada sesuata masa, untuk mengelakkan daripada kesesakan rangkaian dan kegagalan menghantar data.

8. Tatasusila Pengguna

Seseorang Ahli dilarang menghantar virus melalui Sabah.Net.

Seseorang Ahli dilarang menggunakan rangkaian Sabah.Net untuk menjalankan aktitviti-aktiviti yang tidak dibenarkan di bawah Undang-Undang Malaysia.

Seseorang Ahli dilarang membuat capaian ke mana-mana alat atau kelengkapan yang berhubung ke rangkaian Sabah.Net tanpa kebenaran. Sebarang capaian yang tidak disengajakan hendaklah dibatalkan serta merta dan dilaporkan kepada pemilik alatan atau kelengkapan berkenaan atau kepada Pentadbir dan Operator Sabah.Net.

9. Kerahsiaan dan Keselamatan

Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak menjamin daya pemprosesan penghantaran dari hujung-ke-hujung bagi setiap sambungan melalui jaringan Sabah.Net.

Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk memeriksa sistem log perakaunan dan lain-lain rekod untuk menyelesaikan masalah-masalah sistem.

Bagi tujuan keselamatan, setiap Ahli dinasihatkan untuk menukarkan kata laluan dari masa ke semasa.

Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesan yang timbul akibat dari menggunakan Sabah.Net secara langsung atau tidak langsung.

Sabah.Net akan berusaha dengan sedaya upaya untuk melindungi segala maklumat dalam rangkaian Sabah.Net dari sebarang capaian yang tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak menjaminkan kerahsiaan maklumat. Ahli-ahli hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi maklumat mereka sendiri.

10. Sokongan

Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak memberi sebarang sokongan ke atas perisian yang mudah didapati oleh orang awam yang dipapar dalam jaringan Sabah.Net. Pentadbir dan Operator Sabah.Net juga tidak akan menjamin bahawa perisian tersebut adalah bebas dari kesilapan atau virus. Pentadbir dan Operator Sabah.Net TIDAK bertanggungjawab ke atas sebarang kesan, akibat dari menggunakan perisian tersebut secara langsung atau tidak langsung.

Operator Sabah.Net akan memberi mel elektronik, telefon dan faks bagi laporan kerosakan hanya pada waktu pejabat.

11. Penamatan

Anda boleh menamatkan penggunaan Perkhidmatan anda dengan memberi notis penamatan tidak kurang daripada 7 hari waktu kerja.

Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk menamatkan keahlian seseorang Ahli yang melanggar syarat-syarat keahlian.

12. Penafian

Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan maklumat yang disebabkan oleh sebarang gangguan, penangguhan, atau penamatan perkhidmatan atau ke atas ketepatan isi kandungan atau kualiti maklumat yang disediakan, diterima atau dihantar melalui perkhidmatan ini.

13. Pengubahsuaian Syarat-syarat Keahlian

Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk membuat sebarang pertukaran atas syarat-syarat keahlian pada bila-bila masa.

Syarat-syarat Keahlian adalah tertakluk kepada pengubahsuaian oleh Pentadbir dan Operator Sabah.Net dari masa ke semasa bagi tujuan memperbaiki perkhidmatan.

Daftar

Emel