Penyelesaian

Sabah.Net menawarkan produk dan perkhidmatan yang berikut untuk sektor awam dan swasta, sektor pendidikan, organisasi sukarela dan organisasi bukan kerajaan serta orang awam. Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang ingin memohon perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, sila hubungi Pentadbir Sistem Sabah.Net iaitu Unit Kemajuan IT di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Orang awam yang berminat dengan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, sila hubungi Operator Sistem Sabah.Net iaitu Sabah Net Sdn. Bhd.

Penempatan Laman Web Direktori

Perkhidmatan penempatan laman web secara direktori adalah ditawarkan kepada semua ahli Sabah.Net secara percuma. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menempatkan laman web mereka di Sabah.Net and memantapkan penampilan masing-masing dalam Internet. Kini, hanya ahli Sabah.Net yang boleh menempatkan laman web mereka di Sabah.Net. Daftarlah untuk perkhidmatan ini dalam laman Pendaftaran On-line Sabah.Net. Bagi pengguna yang ingin menempatkan pangkalan data dan lain-lain aplikasi di Sabah.Net, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Pendaftaran Nama Domain

Nama domain adalah alamat teks di mana pengguna Internet berupaya bertemu dengan perumah mereka. Kami boleh mendaftarkan nama domain anda dengan InterNIC/MyNIC/SabahNIC. Hubungi kami untuk mengenalpasti nama domain anda atau berdaftar melalui kami di http://www.sabah.com.my/comnet/DomainNameRegistration.

Penempatan Laman Web Domain

Anda diberikan satu tapak untuk laman web anda dan memantapkan penampilan anda menerusi Internet. Kami mendaftarkan nama domain anda dengan InterNIC/MYNIC/SabahNIC (contoh: www.yourcompany.com. atau www.yourcompany.com.my atau www.yourcompany.sabah.com.my), yang merupakan satu alamat yang unik untuk anda dalam World Wide Web. Perkhidmatan ini menyediakan anda dengan satu nama domain, perkhidmatan emel (contoh: userid@yourcompany.com.my), ruangan web, pemindahan data dan banyak lagi.

Sila kunjungi http://www.sabah.com.my/comnet/DomainWebHosting.

Penempatan Data dan Aplikasi

Kami menyediakan satu platform untuk menempatkan aplikasi Internet/Intranet anda pada kemudahan penempatan kami yang terjamin. Sebagai pelanggan kami, anda boleh mencapai aplikasi anda melalui Internet/Intranet dari tempat di mana pencapaian Internet/Intranet disediakan dengan lebih terjamin.

Pembangunan Aplikasi

Kami membangun dan menawarkan aplikasi Internet/Intranet untuk anda. Kami memiliki pakar yang mampu membangun aplikasi yang setaraf dengan permintaan anda. Perkhidmatan ini termasuk pembangunan multimedia, pembangunan laman web, pembangunan perisian dan khidmat e-dagang.

Pengurusan Rankaian

Satu perkhidmatan pengurusan dan penyelesaian rangkaian yang meluas untuk memenuhi permintaan satu rangkaian yang teratur. Sistem pengurusan rangkaian berkonsepkan ramah-pengguna GUI memudahkan segala pengawasan dan pengurusan alat melalui rangkaian dari suis ke server. Perkhidmatan pengurusan rangkaian termasuk pengawasan secara online suis rangkaian, laporan perkhidmatan dan lain-lain laporan. Satu sistem rangkaian yang terkawal bukan sahaja memberikan keyakinan tetapi juga perkhidmatan yang terjamin kepada pengguna.

Khidmat Nasihat Rangkaian dan Sistem

Kami mempunyai jurutera-jurutera terlatih yang berpengalaman dan terlatih yang mengkhusus dalam merancang, merekabentuk, melaksana dan mengawasi sistem rangkaian untuk memastikan kepercayaan, keberkesanan dan kualiti kepada segala permintaan. Kami menawarkan panduan dan khidmat nasihat dalam semua aspek penyelesaian rangkaian dan sistem untuk memenuhi permintaan organisasi anda. Khidmat nasihat merangkumi pengurusan dan pengawasan rangkaian berdaya usaha dan teragih, penyambungan bertaraf antarabangsa, perkhidmatan penyampaian maklumat dan direktori, pembangunan aplikasi secara online, latihan IT, aplikasi e-dagang, penilaian pelaksanaan sistem dan juga sekuriti. Kami juga bekerjasama dengan rakan kerja dari luar negeri dengan teknologi terkini mereka.

Penyelesaian Sekuriti Rangkaian dan Maklumat

Kami menawarkan penyelesaian yang lengkap terhadap sekuriti rangkaian dan maklumat organisasi anda. Perkhidmatan kami merangkumi dari khidmat nasihat, merekabentuk, mengesyorkan dan menawarkan cara penyelesaian kepada instalasi, pengawasan dan pengurusan. Kami bekerjasama dengan rakan-rakan IT untuk memberikan perlindungan terhadap pencerobohan, serangan penafian perkhidmatan dan gangguan yang lain.

Ko-lokasi Server

Perkhidmatan ini menawarkan kepda organisasi anda perkhidmatan penempatan Internet yang bersumber luar dengan tidak membebankan anda dengan pelaburan modal yang tinggi dalam peralatan IT mahupun tenaga kepakaran. Dengan perkhidmatan Ko-lokasi server, anda disambungkan ke Internet dengan bekalan elektrik tanpa gangguan dan pengawasan server 24 x 7. Kami menawarkan penyelesaian penempatan yang sesuai dalam pusat data yang terjamin yang direkebentuk untuk perkhidmatan aplikasi masa depan dan penyelesaian penempatan yang terkini.

Latihan IT

Kami menawarkan kursus latihan yang menyeluruh dan berkesan. Topik-topiknya meliputi tahap asas sehingga tahap tinggi, antaranya kursus latihan asas IT, pelengkap aplikasi pejabat, cara penggunaan Internet & e-mel, merekabentuk laman web, merekabentuk grafik laman web dan pemasangan dan penyelenggaraan komputer. Kami juga menawarkan kursus latihan IT berdasarkan permintaan dan keperluan untuk organisasi anda.

Aplikasi Kad Pintar

Kawalan Capaian Pintu - Sistem yang berkisarkan konsep berdikari kepada yang mempunyai persekitaran multi-rangkaian dengan gabungan kad/kad & capaian PIN dengan keupayaan mentafsir zon masa dan cuti. Kad tersebut mempunyai maklumat yang memberikan keutamaan kepada pengguna-pengguna tertentu (contohnya memasuki tempat terkawal) dan kawalan masa.
Sistem Pengurusan Waktu Kehadiran - Mengesan pergerakan masuk dan keluar kakitangan di tempat kerja dan mampu menyediakan laporan waktu kehadiran. Kelebihannya termasuklah menyenaraikan ketidakhadiran kakitangan, masuk awal/lambat, keluar awal/lambat, jumlah masa bekerja dan kerja lebih masa.