Penempatan Web Direktori: Syarat Keahlian

Syarat Keahlian Penempatan Web Direktori Sabah.Net

  1. Pentadbir dan Operator Sistem Sabah.Net akan menyediakan para pengguna dengan perkhidmatan Penempatan Web Direktori di rangkaiannya, dan sebagai ganti, para pengguna perlu membayar yuran dan caj (jika berkenaan), tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
  2. Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada pelanggan-pelanggan Sabah.Net yang sudah mempunyai akaun Mel-E dan Capaian Sabah.Net.
  3. Bayaran (jika berkenaan) hendaklah dalam bentuk wang tunai atau kredit yang dipersetujui.
  4. Pentadbir dan Operator Sistem Sabah.Net berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang alasan.
  5. Topik isi kandungan tidak akan dihadkan; walau bagaimanapun, para pengguna perlu memastikan bahawa isi kandungannya tidak melanggar undang-undang Malaysia. Pentadbir dan Operator Sistem Sabah.Net berhak untuk menolak sebarang isi kandungan yang dianggap kurang sesuai. Pentadbir dan Operator Sistem Sabah.Net juga tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan pengguna.

Daftar

Penempatan Web