Soalan Lazim

Pilih daripada senarai Soalan Lazim yang terdapat di bawah untuk mendapatkan jawapan yang diperlukan. Untuk bantuan lanjut berkenaan penggunaan perkhidmatan Sabah.Net, sila e-mel Sokongan Pelanggan Sabah.Net atau hubungi Hotline kami di (088) 234101.

Rangkaian

Ya, semua akaun Sabah.Net adalah percuma.

Para pengguna Sabah.Net akan dapat menikmati capaian eksklusif ke aplikasi-aplikasi dan kandungan-kandungan Intranet. Berikut adalah sebahagian kecil daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang akan anda terima tidak lama lagi:-

  • Sistem Papan Kenyataan, di mana anda dapat mencari dan mengepos tawaran kerja, acara semasa di Sabah, pengumuman dan banyak lagi
  • E-fora (forum elektronik), di mana anda boleh mengadakan perbincangan on-line di mana saja anda berada, pada bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia, asalkan anda mempunyai capaian ke Internet dan Intranet
  • Faksimili On-line, dengan caj sama dengan panggilan tempatan apabila anda mengefaks ke mana sahaja di Sabah
  • Sistem tender on-line kerajaan dan komersil
  • Aplikasi pendidikan, di mana anda boleh membuat tempahan di sekolah-sekolah rendah/menengah/pendidikan tinggi untuk diri anda atau anak-anak anda, mendapatkan tutor on-line, menempah dan mencari buku-buku di Perpustakaan Negeri Sabah, atau memeriksa keputusan peperiksaan PMR/SPM anda on-line
  • Aplikasi perdagangan elektronik, di mana anda boleh membuat pemindahan wang secara elektronik, tuntutan insurans on-line, tempahan on-line ke hotel-hotel dan agensi pelancongan, perkhidmatan tawaran (bidding)
  • dan sebagainya...

Untuk organisasi-organisasi dan syarikat-syarikat yang berminat untuk menempatkan aplikasi-aplikasi mereka dalam Sabah.Net, berikut adalah sebahagian daripada feadah-faedahnya:-

  • Perangkaian 'Enterprise' : Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi boleh mendirikan rangkaian 'enterprise-wide' yang terjamin di Sabah.Net
  • Aplikasi dan Kandungan Intranet : Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi boleh mendirikan aplikasi serta kandungan Intranet mereka sendiri dan membuatkannya dicapai dengan serta-merta kepada para pengguna yang berkenaan melalui infrastruktur Sabah.Net yang terjamin.
  • Aplikasi dan Kandungan Internet : Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi juga dapat menempatkan aplikasi dan kandungan Internet mereka di dalam Ladang Server Internet Sabah.Net, tanpa memikirkan keperluan untuk melabur dalam kemudahan alatan dan infrastruktur yang lain.
Ya. Sebagai pengguna Sabah.Net, anda boleh mencapai Internet melalui Sabah.Net.
Ya. Para pengguna Sabah.Net boleh merujuk kepada Polisi Sabah.Net On-line untuk maklumat lanjut.

Mel anda telah melebihi kuota apabila anda menerima mesej yang disertakan dengan tajuk :"Warning -- QUOTA EXCEEDED". Sekiranya anda tidak lagi menerima mesej tersebut setiap kali anda membaca/download mail yang seterusnya, ini bermakna kuota anda telah di kembali ke asal dan anda tidak perlu melakukan sebarang tindakan. Jika mesej tersebut diterima secara berterusan setiap kali anda mencapai/membaca mel anda, bermakna anda perlu mengosongkan kembali mel kuota anda. Langkah pertama, pastikan anda tidak meninggalkan salinan mesej anda ke dalam server selepas capaian mel. Untuk memansuhkan fungsi ini. sila lakukan yang berikut:

  • Melalui Netscape Messanger, klik pada menu Edit -> Mail & Newsgroups -> Mail Servers -> klik butang Edit -> pergi ke ruangan POP -> padamkan tanda "tick" (kosongkan kotak) pada "Leave messages on server" -> klik OK sehingga anda kembali ke Inbox anda.
  • Melalui Outlook, klik pada menu Tools -> Accounts -> pergi ke ruangan Mail -> klik dua kali pada akaun mel anda (yang telah melebihi kuota) -> pergi ke ruangan Advanced -> pada bahagian Delivery , padamkan tanda "tick" (kosongkan kotak) pada "Leave a copy of messages on server" -> klik OK -> klik Close.
  • Sekarang anda boleh mencapai/membaca mel anda semula. Anda tidak akan menerima mesej "Warning -- QUOTA EXCEEDED" lagi. Ini bermakna kuota mel anda telah dikosongkan.
Ya, anda dijemput untuk menbuat atau mendirikan aplikasi-aplikasi yang ditempatkan di Sabah.Net, terutamanya jika ia mendatangkan faedah kepada para pengguna Sabah.Net. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pentadbir Sistem (Unit Kemajuan IT Negeri di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat) atau Operator Sistem (Sabah Net Sdn. Bhd.) Sabah.Net.
Sila rujuk kepada Laman Menghubungi Sabah.Net untuk melihat senarai maklumat berkenaan.

Penempatan Data & Aplikasi

Perkhidmatan Penempatan Data dan Aplikasi (juga dikenali sebagai Perkhidmatan Penempatan Laman Web) ialah sejenis perkhidmatan untuk para pelanggan Sabah.Net untuk menempatkan laman web serta data dan aplikasi dalam server Sabah.Net, untuk membolehkan capaian oleh para pengguna Internet amnya dan Sabah.Net khasnya. Contoh maklumat-maklumat yang boleh ditempatkan ialah seperti laman web, pangkalan data, aplikasi interaktif, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Perkhidmatan Penempatan Data dan Aplikasi.
Semua pengguna Sabah.Net users berhak menempatkan data dan aplikasi di Sabah.Net. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Perkhidmatan Penempatan Data dan Aplikasi.
Ladang Server Internet diletakkan di zon Internet di luar kawasan "firewall" Sabah.Net untuk capaian Internet secara am, dan Ladang Server Intranet diletakkan di zon Intranet yang berada di dalam kawasan "firewall" Sabah.Net untuk capaian para pengguna Sabah.Net sahaja.

E-mel

Semua pengguna mel-e Sabah.Net diberi ruang cakera sebanyak 2MB untuk menyimpan mesej mel mereka.
Anda boleh menyimpan mesej mel anda di dalam server mel-e seberapa lama yang diinginkan. Walau bagaimanapun, anda disyorkan untuk mengalihkan mesej anda daripada server mel-e tersebut seberapa kerap yang boleh. Apabila ruang cakera anda sebanyak 2Mb sudah penuh, anda tidak lagi dapat menerima mesej-mesej mel yang lain.
Ya. Sabah.Net tidak melarang para penggunanya daripada mencapai server mel-e yang lain di Internet. Dalam hampir kesemua kes-kes, para pengguna tidak akan menghadapi masalah mencapai server mel-e yang lain melalui Sabah.Net. Walau bagaimanapun, Sabah.Net tidak menjamin perkhidmatan sedemikian akan sentiasa berjalan tanpa sebarang masalah.
Untuk tujuan pengurusan akaun, pada masa ini para pengguna tidak dibenarkan menukar ID pengguna mereka apabila ianya telah disahkan.
Pergi ke laman Pengurusan Akaun dan ikut arahan yang diberikan.