Hari Keluarga KEE
PERHIMPUNAN
MAJLIS kekeluargaan ini telah dianjurkan sebanyak empat kali sejak tahun 2008, iaitu pada tahun 2008, 2011, 2015 dan 2019.
Apakah kaitan saudara Hajimin dengan majlis keluarga ini? Saudara Hajimin merupakan anak menantu kepada pasangan, Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan dan Datin Seri Kee Hafsah Kee Sulaiman. Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan berasal daripada keturunan bangsawan yang mulia, berakar umbi daripada susur galur Datu Sharif Alibasa bin Datu Sharif Damsani bin Datu Sharif Amarul bin Datu Amirul Antrino bin Sultan Kamasa Anwaruddin Iskandar.
Datu Amirul Antrino merupakan waris kepada Sultan Kamasa Anwaruddin Iskandar, yang memerintah antara tahun 1805 hingga 1830. Berdasarkan catatan warisan, Sultan Kamasa dikurniakan tiga orang anak: Datu SH Edris, Datu Sharif Amirul Antirino, dan Bai E’lah. Seterusnya, Datu Sharif Amirul Antirino mempunyai tiga orang anak: Sultan Makakawa (yang memerintah dari tahun 1881 hingga 1887), Datu Sharif Amarul, dan Datu SH Kasili.
Sementara itu, Datin Seri Kee Hafsah merupakan cucu kepada Kee Kim Swee, yang kemudian dikenali sebagai OKK Kee Abdullah setelah memeluk Islam. Bapa kepada Kee Abdullah adalah berketurunan Cina Hainan, manakala ibunya pula berbangsa Dusun. Kee Kim Swee dilahirkan di Labuan pada tahun 1863, justeru tidaklah menghairankan jika wujud kesinambungan kehadiran dan keterlibatan keluarga Kee/Titingan dalam pelbagai acara kekeluargaan sehingga ke hari ini.
KEE Sulaiman Bin Kee Kim Swee (Kee Abdullah). Anak pertama dan dilahirkan pada 07 March 1897 di Tawau. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Labuan pada tahun 1904. Kee A Sulaiman (Guru pertama sekolah Melayu di Tawau Ogos 1924). Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Tawau pada 20 Ogos 1977.
HJ KEE JAMAL KEE SULAIMAN
(Kee Jamal Bin Kee Sulaiman Bin Kee Kim Swee)
DATIN SRI HJH KEE HAFSAH KEE SULAIMAN
(Kee Hafsah Binti Kee Sulaiman Bin Kee Kim Swee)
HJ KEE ABDUL HAMID KEE SULAIMAN
Pengerusi Sambutan Hari Keluarga KEE
(Kee Abdul Hamid Bin Kee Sulaiman Bin Kee Kim Swee)
HJ KEE ABDUL HAMID & HJH LATIFAH & LENNY HJ KEE ABDUL HAMID
HJH LATIFAH, DATIN SRI HJH KEE HAFSAH KEE SULAIMAN & H.HAJIMIN
HAJIMIN H MASLIN & HJH LATIFAH DSP HJ ABU BAKAR TITINGAN
( Latifah Binti Kee Hafsah Binti Kee Sulaiman Bin Kee Kim Swee @ Kee Abdullah)
Tahun 2025
Mesyuarat Persiapan Reunion ke 5, Keluarga Kee
Tahun 2019
Tahun 2015
Tahun 2011
Tahun 2008
Tahun 2025
Datuk Seri Panglima Hj Abu Bakar Titingan
(Datu Sharif Alibasa Bin Datu Sharif Damsani Bin Datu Sharif Amarul Bin Datu Amirul Antrino)
Menjejak Kasih di Semenanjung Zamboanga — Sebuah Ceritera Dalam Bingkai Memori
Pada tanggal 24 dan 27 Julai 2025, Semenanjung Zamboanga menjadi saksi bukan hanya kepada perkahwinan keluarga Sanoh dan Viray, tetapi kepada sebuah pertemuan yang menyentuh jiwa — saat kasih yang lama bersulam kembali bertaut, dan kenangan lama diungkap dalam pelukan hangat saudara yang ditemui semula. Dalam suasana yang sarat makna dan keberkatan, majlis ini membawa kami menyusuri lorong-lorong silaturrahim yang pernah redup, lalu menyinarinya dengan tawa, salam, dan doa. Di antara gema doa selamat dan paluan kulintangan, kami bertemu semula dengan ahli keluarga yang selama ini hanya wujud dalam ingatan dan cerita lama. Dan seperti takdir yang sedang menulis semula lembaran cinta keluarga, momen-momen berharga itu diabadikan dalam sekeping gambar — kini terpahat kemas dalam galeri keluarga kami sebagai bukti bahawa kasih sejati, walau diuji oleh jarak dan waktu, sentiasa punya jalan untuk kembali.
In Pursuit of Kindred Souls upon the Peninsula of Zamboanga – A Tale Framed in Memory
Upon the blessed days of the 24th and 27th of July, in the year of our Lord 2025, the Peninsula of Zamboanga bore witness to an occasion most hallowed — not merely the union of the esteemed families Sanoh and Viray, but the rekindling of affections long obscured by the sands of time and distance. In the gentle embrace of sacred traditions and the soft cadence of prayer, the wedding banquet became more than ceremony; it unfolded as a sacred sojourn into the chambers of kinship and remembrance. As the dulcet tones of kulintangan echoed through the air and the scent of heritage perfumed the twilight, we found ourselves reunited with kindred spirits — beloved relatives whose names had long lingered in the stories of elders and the corridors of recollection. In that divine convergence of joy and longing, moments were captured not merely with lens, but with reverence. Each image now nestled within our family gallery serves as a testimony — that love, though humbled by time and scattered by fate, will always find its way back to those who carry its memory in prayer and hope.

