Go to content

Kenali Tagudon Lama - Salasilah Keluarga Besar

Skip menu
KAJIAN SALASILAH KELUARGA
Ranau, Sabah Malaysia

Kenali Tagudon Lama

PERKAMPUNGAN > Tagudon Lama

Kampung Tagudon Lama terletak dalam Daerah Ranau, Sabah, kira-kira 12 kilometer di Bahagian Barat Gunung Kinabalu. Kampung ini berdekatan atau berjiran dengan beberapa buah kampung lain seperti Kampung Pulutan, Kampung Ratau, Kampung Himbaan, Kampung Pahu, Kampung Karanaan, Kampung Kemburongoh, Kampung Sosondoton, Kampung Toboh, dan Kampung Terolobo.

Lebih kurang 90% penduduk Kampung Tagudon Lama terdiri daripada etnik Dusun Liwan. Komuniti ini sangat bangga dengan identiti dan budaya mereka, termasuk bahasa ibunda dan tradisi seperti paluan gong yang dikenali sebagai 'tagung.

Hampir 100% penduduk Kampung Tagudon Lama kebanyakannya menganut agama Islam. Agama ini memainkan peranan penting dalam kehidupan harian mereka, termasuk dalam adat dan budaya komuniti, sementara sumber ekonomi utama penduduk Kampung Tagudon Lama adalah pertanian. Mereka terlibat dalam penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Selain itu, penternakan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang tidak kurang penting di kampung ini.

Istimewanya kampung Tagudon Lama ialah kampung ini mempunyai sejarah pendidikan yang tersendiri, iaitu Sekolah Kebangsaan Tagudon Lama, yang didirikan pada awal tahun 1955 sebelum merdeka lagi (Persekutuan Malaysia) oleh penduduk kampung secara gotong royong.
Dengan kedudukan kampung ini yang terletak pada ketinggian 1,135 meter di atas paras laut, memberikan pemandangan yang indah dan suasana yang nyaman.

Adakah anda pernah melawat kampung ini atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan di sana? Lihat Video
ROMAN LIMBONGOT
SIMPANG MAMUT LOHAN
MURISAH TUMI (KUMBIHAI)
TANAH MERAH KILIMU

Tumi telah berkahwin sebanyak dua kali. Suami pertama beliau ialah Gubal @ Gubil, dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Murisah dan Nona. Setelah kematian Gubil, Tumi berkahwin dengan Akar dan dikurniakan seorang anak bernama Saimin Akar.
SAPIN LUHUBAN
TAGUDON LAMA
KASUMAN KEWIT (KUMPINAI) SUKARDI
TAGUDON LAMA
ESIM KABBAS
PULUTAN TAGUDON LAMA
GAMBAR yang ditunjukkan di atas merupakan generasi tua iaitu anak-anak cucu (putu) kepada Gubilan (Atok) bin Gaouling (Boyut). Gubilan bin Gouling mempunyai seramai 8 orang anak. Mereka ialah Kabbas, Kahan, Limbongot, Luhuban, Tumi (KUMBIHAI), Kewit (KUMPINAI), Abd Rahman (KADAMAT), dan Kabbat. CARTA. Kesemua keluarga ini, mulanya tinggal di Tagudon Lama, namun terdapat juga yang berhijrah ke Tagudan Baru  dan Kampung Lohan Ranau.

Menurut catatan Dr Zakaria Illyas Gawar, Tagudon Baru dibuka dengan rasminya pada 25 Januari 1956. Dr Zakaria adalah Pengerusi Kampung PERTAMA 1976.
DR ZAKARIA Illyas
TAGUDON BARU RANAU
Empat gambar genarasi muda atau generasi ke-3, bersaudara, iaitu anak cicit (buyut) Gubilan (Atok) bin Gaouling (Boyut). Gambar dari kiri anak Murisah binti Tumi (Kumbihai), anak Hj Roman bin Limbongot, anak Sapin bin Luhuban, Anak Kasuman Kewit (Kumpinai) Sukardi, dan paling kanan anak Esim Bin Kabbas.

KOTA KINABALU

SANDAKAN

KENINGAU

KARANAAN

SARAWAK

SITI MUDAH @ SEMOMOI BINTI KABBAS
ditengah

YUSI RAHIM
bersama 3 orang cucunda

TN HJ. SAIMIN AKAR & ANAK-ANAKNYA
(Mahat & Asiah@Kamsiah)
TAMPARULI - (Gambar koleksi Saimin )
Keluarga Asas Gouling Tagudon Lama
Keluarga ini, selain tinggal di kampung asal di Kampung Tagudan Lama, terdapat juga ada keluarga berpindah rendah ke tempat lain, setelah berkahwin disamping mencari kawasan pertanian yang baru, seperti melakukan penempatan kekal di Kampung Tagudon Baru, Kampung Lohan, Kampung Kilimu dan beberapa tempat lagi seperti berhijrah ke Keningau, Sook, Tuaran, Tudan Baru dan sebagainya.
MOHD ALI KONDOLIS
NOTA Inspirasi !!!

Tercatat dalam sejarah silam, Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau dibina pada tahun 1962 menggunakan nama Goverment Junior Secondary School dan mula menerima kemasukan pelajar pada awal tahun tersebut. Idea penubuhan sekolah ini disuarakan oleh Tuan Haji Ruman Limbongot dalam mesyuarat Agung Tahunan USNO. Dalam masa yang singkat, nama sekolah ini telah ditukar kepada Goverment Secondary School selaras dengan fungsinya yang menyediakan peluang pendidikan sehingga tingkatan Lima.

Haji Roman adalah antara orang Ranau yang terawal diIslamkan oleh Mandur Syarif Adiwinata atau nama sebenar Muhammad Sarip Adiwinata Ambik atau Syeikh Saib, juga dikenali sebagai Bapa Tua di kalangan orang Dusun Islam. Rakan-rakan beliau yang terawal memeluk Islam ialah Muhammad Ali Kandalis, Daud Beringkok, dan Naiman Aru. Ada berapa pendapat, bahawa syarif sebenarnya mempunyai ilmu batin. Dengan ilmu yang ada padanya, sesiapa saja yang ingin menuntut atau mempelajarnya, hendaklah beragama Islam. Dalam situasi ini, mandur telah berjaya menggunakan ilmu kebatinannya untuk menarik ramai untuk memeluk Islam.
Abadikan kehadiran dalam majlis perkahwinan anak Tuan Hj Wasimin Daiman daripada keluarga besar Sakag Gubilan Gouling
Rini,, Perampuan,  Dr Hjh Zainah, Musiah
Dzahara, Lelaki, Raidah  (Keturunan Gubilan dan Gampadus)
SEBAHAGIAN BANGUNAN SMK MAT SALLEH
GURU-GURU PERINGKAT AWAL
ANTARA PELAJAR SMK MAT SALLEH 70an






Kumpulan Pangkap SMK Mat Salleh 1976
KOLEKSI KASUMAN SUKARDI (GAMBAR MANDUR SYARIF DILETAKAN DALAM SATU FRAME)

CIKGU RONIA BINTI KASUMAN SUKARDI, DI RUMAH KEDIAMANNYA DI KG TAGUDON LAMA

Rahim @ Raim Bin Gampadus Bin Limbawang
PN HJH RAMONA GILING BUNAHAU
(Isteri Saimin Akar)
Liasan Bahindal
LIASAN RASHIM BAHINDAL
Keluarga Dari Tagudon Lama
Asal usul IBU, daripada ayah atau keluarga lelaki, adalah Yusi binti Raim @ Rahim bin Gampadus Bin Limbawang. Gampadus berkahwin dengan Rinam binti Gawar. Adik beradik Rinam ialah Minah, Mentehik dan Elyias. Keluarga ini berasal dari kampung Sosondoton, Ranau. Pasangan Rinam dan Gampadus telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak, iaitu Gadiah, Raim@Rahim dan Maniah. Lihat CARTA 7 sementara Minah dikurniakan 3 orang anak, iaitu Pooi, Muhamad, dan Kontoboi. Elyias juga dikurnikan anak-anak, iaitu Hj Abdul Rahim, Hjh Aminah, Hatimah, Jaisah, Rosanani, dan Dr Zakaria. Mentehik aiso SAKAG.

Setelah Raim@Rahim berkahwin dengan Murisah Gubil (Sembet), mereka tinggal di Bayat/Butor dan di Kampung Tagudon Lama, sebelum berhijrah ke Kampung Tanah Merah Kilimu di pertengahan tahun 1960an. Pasangan ini telah dikurniakan seramai 4 orang anak, iaitu 3 orang nak perempuan dan seorang anak lelaki. Anak-anak Rahim & Murisah, ialah Yusi, Kamin, Dzahara dan Kamasriah.  Yusi berkahwin dengan Hj Maslin dan kini menetep di Kampung Himbaan Ranau, Kamin Rahim berkahwin dengan Roslina (Mayang) menetap di kampung Tudan Baru, Bingkor Keningau, Dzahara Rahim berkahwin dengan Nazir (Pulau Pinang) menetap di Kota Kinabalu, dan Kamasriah Rahim berkahwin dengan Hj Johan yang menetap di Taman Mawar Sibuga, Sandakan. Lihat CARTA 8.

Gadiah berkahwin dengan orang Sosondoton dan kini menetap di Keninagau. Hasil perkahwinan Gadiah dengan pasangannya telah dikurniakan tiga (3) orang anak, iaitu Sirad, Peridi dan Suriah. Anak-Anak Sirad ialah Wagimin, Rahitah, Waiman, Hj Khamidin, dan Kiman. Maklumat anak-anak Peridi dan Suriah, belum diperolehi setakat ini. Lihat CARTA 9.

Sementara Maniah telah berkahwin dua kali, iaitu Bagong (suami Pertama) dan Mohd Don (suami ke-2) telah dikurnia dengan 4 orang anak, iaitu Waliah Bagong, Simin Bagong, Hj Karim Bagong, dan Gahamid @ Abdul Hamid Bin Mohd Don. Kini, Haji Karim CARTA10 dan Simin Bin Bagong CARTA11 menetap di Tanah Merah, Kampung Kelimu, Ranau sementara Waliah Bagong CARTA12 menetap di kampung Ketuntul, Ranau manakala Gahamid @Abdul Hamid Bin Mohd Don CARTA 12 dan keluarganya menetap di Kampung Tudan Baru, Bingkor Keningau. (Video penjelasan tentang Mohd Don)

Asal usul IBU, daripada ibu atau keluarga perempuan, adalah Yusi binti Murisah binti Gubil @ Sembet. Adik beradik Gubil@Sembet ialah Gudal dan Gintal CARTA 13. Anak si Gudal ialah Mayang, Bungah, Manap dan ada lagi tapi tak ingat semantara anak-anak Gintal ialah Sarah dan ada lagi tetapi tidak pasti.

Ibu Murisah iaitu Tumi (nama Islam) atau Kumbihai merupakan sakag Gouling. Siapakah Gouling menurut Hajah Nasah Bolinsai?. Adik beradik Tumi (Kumbihai) ialah Kahan, Kabbas, Lembongot, Luhuban, Kewit (Kumpinai), Rahman dan Kabbat CARTA14. Tumi berkahwin dengan Gubil @ Gubal atau Sembet. Pasangan ini dikuniakan dengan dua orang anak iaitu Murisah dan Nona CARTA15. Setelah kematian suaminya, Gubil, Tumi telah berkahwin dengan Akar. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan seorang anak bernama Saimin Akar. Saimin kini menetap di Tamparuli, Tuaran. Hal ini bermakna Kumbihai telah melahirkan tiga orang anak daripada dua perkahwinan.

Murisah berkawin dengan Rahim dan Nona berkahwin dengan Bahindal yang kedua-duanya berasal dari kampung Sosondotan Ranau. Saimin pula berkahwin dengan Ramona Giling Bunahau dari Bundu Tuhan dan dikurnia 9 orang anak, iaitu Mahat, Asiah, Masiah, Albumin, Noraini, Julaiman, Nurmalah, Rosiatifah dan Rosleha.  Ramona mempunyai seorang adik bernama Rasumiah, isteri kepada Rusilin dan menetap di Kampung Bayangan Keningau. Anak-anak Rosmiah ialah Linawati, Abdul Mubin, Lihah, Kadir, Sharifah, Talib dan Ateh.

Tumi telah berkahwin dua kali. Suami pertama ialah Gubil dan kedua Akar. Saimin Akar telah berkahwin kali kedua setelah isteri pertama beliau meninggal dunia. Isteri keduanya ialah Radiah Rosnani @ Faedah Hajiman dari Randogong, Ranau. Kini mereka masih menetap di Tamparuli, Tuaran.

Nona dikurnia dengan seorang anak "Liasan" dan menetap di kampung Rapak, Ranau. Carta di bawah (Murisah, Liasan & Saimin).



ERWAN GUNDA









NOTA ERWAN GUNDA masih dalam penilaian!!!
16 Oktober 2024

SMK Mat Salleh asal nama sekolah itu; Government Junior Secondary School (GJSS). Sekolah itu dicadangkan arwah Tan Sri Ghani Gilong tapi dinafikan oleh beberapa orang yang berpengaruh setelah suara TSGG tidak lagi ada power. Sekolah itu mula dibina tahun 1960 semasa kami Darjah VI di GPS (sekarang SK) Pekan Ranau. GJSS pertama di Sabah adalah Tawau dan Kota Belud kemudian diikuti Papar (Majakir) dan Ranau (Mat Salleh). Selepas itu di lain-lain daerah. Hanya ada Government Secondary School Jesselton menumpang di Maktab Sabah yang akhirnya dapat bangunan sendiri di Likas (sekarang SMK Likas).

Saya tidak arif sejarah orang yang pertama memeluk agama Islam dari daerah Ranau tapi mungkin bukan arwah Hj. Ruman. Sebenarnya bapa saya (mengguna nama Gudiman Abdullah sehingga meninggal pada 1999)  memeluk agama Islam antara 1939 -1942 tapi tidak tersebar sebab beliau di Sandakan.

Sinusun bin Tumpangan (mengguna nama Muhamad Kahar) orang Bundu Tuhan juga memeluk agama Islam (di Kota Belud) pada tahun 30-an tapi tidak tersebar. Akhirnya kembali mengamal budaya lama sebab tiada bimbingan sesudah balik Kg. Bundu Tuhan.
GELARAN/PANGGILAN KE ATAS:

SAYA - Abah/Emak - Atok Lelaki/Atok Perampuan - Nenek Lelaki/Nenek Perempuan - Moyang - Muit - Canggah - Warit - Warin - Onang - Aning - Kelupak - Buyut.

GELARAN/PANGGILAN KE BAWAH:

SAYA - Anak - Cucu - Cicit - Piut- Piat - Mait -Oneng-oneng.
Back to content