Kee
INSPIRATOR
Keturunan KEE ABDULLAH
Kee adalah Kee Kim Swee @ OKK Kee Abdullah (Nama Islam). Ayah kepada Kee Abdullah adalah berketurunan Cina Hainan dan ibunya berketurunan Dusun. Kee dilahirkan di Labuan pada tahun 1863. Kee Kim Swee berkahwin dengan Jumatiah Ami Maiden (Puteri Sulu Parang Tapul Filipina) dan pasangan ini dikurniakan 14 orang anak, iaitu Kee Sulaiman Abdullah (1897-1977), Kee Othman Abdullah (1898-1970), OKK Kee Abu Bakar Abdullah (1899-1953), Kee Aziz Abdullah (1901-1921), Kee Aishah Abdullah (1906-1985), seorang anak tanpa nama yang meninggal semasa lahir (1907), Kee Afsah Abdullah (1908-tidak diketahui), Kee Sidek Abdullah (1909-1945), Kee Hatifah Abdullah (1910-1969), Kee Ali Abdullah (1913-1974), Kee Kamaruddin Abdullah (1915-tidak diketahui), Kee Omar Abdullah (1916-1931), Kee Abdul Jalil Abdullah (1919-1990), dan Kee Dzawiyah Abdullah (1920-1921).
DATUK HAJI AHMAD BAHROM BIN DATUK SERI PANGLIMA HJ ABU BAKAR TITINGAN
DATUK KY MUSTAFA
Datuk Haji Ahmad Bahrom bin Datuk Seri Panglima Hj Abu Bakar Titingan merupakan seorang tokoh politik yang terkenal di Sabah. Beliau dilahirkan pada 23 Jun 1947 dan merupakan anak sulung kepada Abu Bakar Titingan bin Damsani dan Kee Hafsah binti Kee Sulaiman. Abu Bakar adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang pertama, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), dan pengasas USNO Bahagian Tawau. Mengikuti jejak langkah ayahnya, Ahmad Bahrom adalah seorang ahli politik berketurunan Melayu yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dari tahun 1986 hingga 1990. Beliau juga merupakan ADUN Balung selama tiga penggal dari tahun 1981 hingga 1990.
Sebelum bergiat dalam politik, pada tahun 1977, Ahmad Bahrom berkhidmat dengan kerajaan negeri di Unit Perancang Ekonomi sebelum dipindahkan ke Tawau sebagai Pegawai Tadbir Kanan di Pejabat Residen Tawau. Selepas itu, beliau dihantar ke United Kingdom untuk mengikuti kursus pentadbiran lanjutan. Setelah menamatkan pengajian dan kembali ke Sabah, beliau ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Ahmad Bahrom meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam perniagaan yang diasaskan oleh keluarganya.
Datuk K.Y. Mustafa merupakan seorang tokoh penting dalam perkhidmatan awam Sabah. Beliau dilahirkan pada 3 Julai 1948 di Tanah Merah, Sandakan, dan berasal dari Tawau. Beliau adalah anak kepada Kee Yusof Abu Bakar dan Halimah Jaafar, yang berketurunan Suluk. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Bahagian Sumber Manusia di Sabah Gas Sdn. Bhd. dari tahun 1986 hingga 1992, dan berbagai jawatan penting dalam kerajaan negeri Sabah sebelum akhirnya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada Mei 2000 hingga Julai 2007.