Kenali Bundu Tuhan
PERKAMPUNGAN > Bundu Tuhan
Pengenalan
Sebenarnya, Kawasan Kampung Bundu Tuhan, terdiri daripada 2 bahagian utama, iaitu; Bahagian Tanah, Simpanan Perumahan Bumiputera, Kampung Bundu Tuhan, atau Rezab Kampung, dan Bahagian kawasan, bergeran, atau boleh, digerankan. Keluasan Kampung Bundu Tuhan, bagi kawasan Rezab Kampung, ialah seluas3120 Hektar , sementara keluasan, bagi Kawasan Bergeran, atau boleh digerankan, adalah anggaran seluas 1000 hektar.
Pada tahun 2023, jumlah Penduduk kampung Bundu Tuhan, adalah dianggarkan sebanyak, 3,200 orang, yang terdiri daripada 98% etnik Dusun Bundu, dan 2% etnik Lain-lain. Untuk memudahkan pengurusan pentadbiran, maka tiga kawasan Jawatankuasa keselamatan kampung, atau JKKK, telah diwujudkan di kampung bundu Tuhan, iaitu; Kampung Sokid Kapatahan. Kampung Sibah. dan, kampung Gondohon.
Berikutan dengan itu, kini, kampung Bundu Tuhan, mempunyai, sebanyak, 6 orang ketua kampung, iaitu KK Sokuil Ladsou, KK Radin Madili, KK Dusip Imbun, KK Suani Koyopo, KK Dohny Abi, dan, KK John Binty.
Menurut JOHNNY GHANI, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Amanah, Kampung Bundu Tuhan, bahawa pembahagian kawasan, boleh ditafsirkan, seperti berikut;
Bahagian kawasan, bergeran, atau boleh digerankan, yang termasuk di dalamnya kawasan pentadbiran Jawatankuasa keselamatan, Sokid, Sibah, dan Gondohon, adalah dinyatakan, sebagai Kampung Bundu Tuhan, manakala, Hutan Simpanan Komuniti, yang telah ditetapkan, dalam kawasan, Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera, Kampung Bundu Tuhan, adalah dinamakan, sebagai, Hutan Winokok.
Walaupun, Bundu Tuhan terletak jauh, dari pusat bandaraya kota kinabalu, kampung ini mempunyai daya tarikan tersendiri, seperti, eko pelancongan terutamanya, hutan semulajadi, yang belum terusik, dan mempunyai pemandangan alam, yang amat menarik, cantik dan memukau, dengan suhu yang dingin sepanjang tahun, tetapi kampung bundu tuhan juga, mempunyai tapak warisan sejarah, serta budaya, cara hidup yang unik, kaum dusun bundu.
Sebagai sebuah kampung, yang ingin memajukan, komuniti atau masyarakatnya, agar setaraf dengan kaum-kaum lain, di negeri Sabah, maka kampung ini telah diberi kemudahan awam, seperti Dewan Komuniti, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Kebangsaan, Klinik Kesihatan, Pondok Polis, Perkhidmatan talian Telefon, Perkhidmatan Internet, Perkhidmatan elektrik 24 jam sehari, dan, kemudahan Jalan Raya, yang berturap.
Bagaimana kampung bundu tuhan mendapat nama? Menurut Johnny lagi, pekerjaan menerokai tanah hutan, ialah menghimbaan, dalam bahasa dusun. Pekerjaan tradisi kaum dusun bundu, sejak berzaman, adalah bercucuk tanam, atau menjalankan aktiviti pertanian. Oleh itu, nama Kampung Bundu Tuhan berasal, daripada sejenis tanaman buah-buahan, yang dikenali, dalam bahasa Dusun, sebagai “Bundu”. Perkataan “Tuhan” dalam bahasa Dusun, bermaksud, runtuh. Pokok Bundu yang telah ditanam, dipercayai tumbang, disebabkan tapak tanah, tempat ianya tumbuh, runtuh, maka dengan itu, penduduk kampung, telah menamakan kampung ini, sebagai Kampung Bundu Tuhan.
Sebagai sebuah perkampungan tradisi, yang masih wujud dalam era pembangunan moden, masyarakat dusun bundu, masih mengekalkan, kegiatan utama sosio ekonominya, masih aktif menjalankan aktiviti pertanian, namun, sesuai dengan peredaran zaman, bagi mereka yang mempunyai tahap pendidikan sederhana, dan tinggi, mereka mampu berkerja dalam sektor awam, dan swasta, dan sebagainya.
Purata pendapatan ketua keluarga daripada kalangan masyarakat petani, di kampung bundu tuhan, adalah dianggarkan dalam lingkungan, RM3,000 sehingga RM4,000 sebulan, sementara purata jumlah anak dalam satu keluarga, ialah sebanyak 5 orang anak, manakala purata yang mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi seperti, ijazah, ialah 4 orang dalam satu-satu keluarga.
Lihatlah bagaimana riangnya anak-anak Himbaan & Gondohon mandi di sungai Laadan Bundu Tuhan pada tahun 1998. Kemungkian sekarang (2024), anak-anak ini sudah berumur antara 30-40 tahun.
Kaga & Kondongoi
Pengenalan
Kaga dan Kondongoi telah dikurniakan 6 orang anak, iaitu Rantau, Galidau, Linog, Bali, Gurod, dan Kembiong CARTA. Berasaskan keluarga ini, ayahanda Maslin Patoh adalah merupakan cucanda kepada Galidau, iaitu Maslin bin Patoh bin Galidau. Sebahagian keluarga ini telah pun menetap di beberapa tempat dan kebanyakannya keluarga Galidau dan Rantau telah berkampung di kampung Lingkodau Ranau.
Memandangkan kesukaran mendapat maklumat keluarga Linog, Bali, Gurod dan Kembiong maka penulisan dan penceritaan adalah lebih banyak fokus kepada keluarga Rantau dan keluarga Galidau kerana maklumat fakta mudah diperolehi. GAMBAR kiri (Patoh Galidau Bin Kondongoi) dan GAMBAR kanan (Hj Aman Rantau bin Kondongoi).
PATOH (ABDUL FATAH) BIN GALIDAU
TUAN HAJI AMAN BIN RANTAU
TAN SRI GHANI BIN GILONG BIN RANTAU
(POLITIK)
TUAN HJ SADI BIN TAHIR BIN RANTAU
(GURU)
SAIDI BIN RASHIN BIN GALIDAU
(GURU)
HJ MASLIN BIN PATOH BIN GALIDAU
(PETANI)
LATIFAH BINTI HJ AMAN BIN RANTAU
(PETANI)
Antara anak cucu-cucu Rantau dan Galidau.
Nota Inspirasi Kehidupan Keluarga:
Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Ghani Gilong daripada etnik Dusun, wakil rakyat dan ahli parlimen PERTAMA dan seorang tokoh politik veteran dari Ranau, Sabah. Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau, Borneo Utara British (kini Sabah). Tan Sri pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan, dan juga dikenang sebagai salah seorang tokoh penting dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Antara sumbangan ialah semasa Menteri Kerja Raya ialah pembinaan jalan Kota Kinabalu-Ranau ke Sandakan, terlibat dalam perancangan pembinaan beberapa projek infrastruktur antaranya Lebuhraya Karak, Terowong Genting Sempah, bangunan utama kampus Institut Teknologi MARA di Shah Alam dan Empangan Temenggor di Perak. Tan Sri telah berkhidmat di bawah 2 orang Perdana Menteri, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak Hussein. Selain itu, Tan Sri juga pernah memegang Menteri Kehakiman, Menteri Pengangkutan, serta pemangku Menteri Kesihatan dan Pertanian antara 1968 hingga 1978, dan menjawat Menteri Kerja Raya selama 7 tahun.
Sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam proses membentuk Malaysia maka pada 2010, Ghani merupakan antara tokoh yang dianugerahkan Tokoh Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 6 Mac 2021 pada usia 88 tahun di Kota Kinabalu, Sabah.
Sadi Bin Tahir atau dikenali juga sebagai Cikgu Tuan Haji Sadi. Cigku Sadi adalah antara individu terawal menjadi guru di Daerah Ranau iaitu pada pertengahan tahun 1950-an. Beliau menjalani kursus perguruan di Maktab Perguruan Kent, Tuaran dan Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Perjalanan hidupnya sebagai guru membawa beliau merantau di beberapa daerah di Sabah antaranya Pulau Tambisan, Sandakan, Tambunan, Ranau, Petagas, Kota Kinabalu, Lahad Datu, dan lain-lain tempat.
Sebagai pendidikan, Cikgu Sadi pernah memegang pelbagai jawatan. Bermula daripada guru biasa ke penolong kanan dan guru besar, dan jawatan terakhirnya ialah sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu pada tahun 1983/84 dan Ketua PPD Daerah Ranau dari tahun 1984 sehinggalah tempoh persaraan wajib beliau pada 2 Julai 1990.
Ketika mengajar di SRK Pulau Tambisan, antara pelajarnya ialah Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin (Ketika ini - TYT Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji). Namun sebagai seorang ayah, Cikgu Sadi telah dianugerahkan sembilan orang anak (Yunus Yusadita Sadi, Cikgu Noraini Onnie, Cikgu Mohd. Tajuddin Sadi Tj Tasatra, Cikgu Hashimah, Cikgu Mohd. Jaldin, Cikgu Md Zaini, Cikgu Rodziah, Cikgu Hjh Rashidah, dan Mohd. Harris Ritchie Sadi), dan sebagai seorang guru, seramai 7 orang anaknya turut menjadi guru, maka dia telah meninggalkan legasi dalam bentuk semangat dan dedikasi untuk mendidik generasi seterusnya.
Keluarga Rintingan & Kiot
POTOH RINTINGAN
GAPAYA RINTINGAN
MODILI RINTINGAN
LOMBI RINTINGAN
MANDADI RINTINGAN
Pasangan Kaga dan Kondongoi telah dikurniakan 6 orang anak, iaitu Rantau, Galidau, Linog, Bali, Gurod, dan Kembiong manakala pasangan Rintingan dan Kiet dikurniakan 5 orang anak, iaitu Lombi, Potoh, Gapaya, Medili, dan Mandadi CARTA. Memandangkan Mandadi Rintingan tidak mempunyai anak bersama isterinya Gobongoh Linggu, maka mereka ini telah mengambil anak angkat seorang lelaki bernama Sipaan CARTA sebagai sebahagian daripada keluarga besar Rintingan & Kiot.
Cikgu Sangau Gumpu (Gapaya)
Gimbun Potoh
Sipaan Singi
(Anak Angkat Mandadi)
Cikgu Wasnin Patoh
(Lombi)
Aslie Patoh
(Lombi)
Tulian Modili
Sanah Potoh
Radian Louis Modili
Yusof Madili
Baniah Patoh
(Lombi)
Antara anak-anak/cucu Rintingan & Kiot ( Sedarah sepupuh)